Walk to Remember

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers




Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Showing posts with label Baby; pregnancy; mummy to be. Show all posts
Showing posts with label Baby; pregnancy; mummy to be. Show all posts

Saturday, September 7, 2013

review DSH


hi dolls

aku choose nak beranak dekat DSH melawati... sorry to say.. memang ini first and last la aku beranak kat situ... cukup mengecewakan....bayar beribu tapi service macam !%Q#$%^..

nie list ye benda yang aku tak puas hati :-


  • bayangkan katil yang digunakan katil zaman bile ntah.. tak selsa langsung, siap ada kayu lagi kat kepala katil tu... 
  • then nama pun maternity wad, sah2 pompuan yg duduk, boleh tukang cuci toilet tu lelaki and main masuk je... cuci toilet n ambil sampah......
  • bile mintak air masak n tissue sampai ke sudah tak dapat ye!!! samapi kitaorg kena mintak beribu kali..
  • ada nurse yg aku anti kat sni.. kasar gile cara dia buat keje. bile dia check bukaan tu mak ai.. meraung aku kejap... pastu ckp nak sarcastic!! sumpah rasa nak lempang je....
  • tak bagi info tentang breastfeeding nie, langsung tak kasi aku try BF pun... aku buat pun masa kat umah mama....
  • dah la aku czer, tak de rawatan susulan dari doktor nak check aku punye czer..
  • sama kes utuk baby jaudice.. dia tahan wad 2 hari, bile baby blh kuar dia tak ckp suh dtg balik utk check jaundice baby....
argh serba serbi tak kena dengan hospital nie.... my worst experience. nurse lengah bergosip kat luar tu.. tu my mom ckp baik bersalin kat hospital India, nurse n doctor dia very particular.... lagi bagus dari sini... berbaloi la kalo bayar.....

tak tau la nie pengalaman aku.... aku tengok kwn aku yg beranak kat situ pun skrg dia ckp dia prefer gomen hosp sebab dia ada kes dgn DSH jugak...

kalo tau baik beranak hospital kerajaan... sesuai la dengan layanan dia.. huh!!!




Friday, September 6, 2013

pengalaman bersalin


hi dolls

for those yang tak tahu, saya dah selamat melahirkan baby girl pada 19 Aug 2013 (Isnin) @ 748 pm.... baby keluar awal 2 minggu dari tarikh due dia..... babah dia la nie sibuk suh kuar awal, tak sabar nak main dengan baby katanya.....

okay, sebenarnya badan dah rasa kurang sedap since raya lagi.. memang complete package la time tu, dengan buasir, asthma, demam, batuk n selsema... siap masa balik temerloh pegi emergency wad ye untuk sedut.. bayangkan la... and yang peliknya tak baik2 deman semua, ubat dah abis ku cekik sampai pegi klinik lagi sekali mintak ubat....

hari ahad tu mama ajak pegi senawang ada open house, tapi malas sgt so decide stay dengan budak tecik je kat umah and kitaorg g JJ setiawangsa petang tu untuk beli barang dapur.... sempat cekik Johnnys la kononya teringin..... masa nie dah rasa jalan lain macam...MAcam perut tu dah kedepan sgt dah.... siap ckp dengan husband ;
me: saya rasa saya jalan mcm org mengandung
BT: Huh!! dah memang awk mengandung
me: bukan la... macam kedepan sgt la perut sy nie..
BT: Tak de la.... biase je...

balik tu mcm biasa siap gosok baju keje untuk seminggu lagi.... hahaha masa gosok tu terdetik kat dalam hati " beria aku nie gosok baju seminggu, tetibe bersalin mcmne"... 

malam tu masa tido takde pape pun, cume time subuh tu terasa ada air mengalir, ingat kan kencing, so g la toilet, untuk kencing... then tido balik, nasib tilam tak basah sgt.... pastu terasa lagi air mengalir... pegi lagi toilet untuk kencing...... pastu aku duk termenung kat tilam tu sebab basah, budak tecik tersedar plak time, dia tanya kenape, aku jawab tilam basah, air kuar, tak pasti kencing atau ape... dia dalam keadaan mamai pegang tempat basah tu, bau then dia ckp "tak pe hari siang skit kita g hospital ye, jom tdo dulu"

hahahaha kow hado, buatnya la aku nak terberanak kat situ mcm ne....... dia suh tdo dulu.. aku yg kejut dia kut 8 lebih tu... kalo ikut dia, mau ke tengahari jugak la aku g hospital...

sampai kat hospital terus admitted, siap main ipad lagi.. then nurse datang check berapa cm dah buka... rupenya dah 4cm terbuka ye!! Alhamdullilah takde rasa sakit ke ape.. ni semua berkat minum and mandi air Akar siti Fatimah.....sape2 yang nak beli tu boleh pesan kat org yang g mekah.... nie mama suh minum masa aku 4 bulan lagi... setengah org minum masa dah nak ujung2.... pastu aku buat mandi jugak..... so memang tak rasa sakit, sampai buka 7 cm tak rasa sakit lagi.....tu nurse masukkan air biar ada rasa sakit senang nak push....

bile dah terbukak 8 cm terus masuk labour room....masa nie dah rasa sakit dah.... nak nangis pun ada....bile dah bukak 10cm aku try to push baby keluar tapi nafas pendek sebab asthma.... dekat sejam lebih aku try tapi tak berjaya.. mungkin bukan rezeki aku nak beranak normal.... 

kalo dipikirkan memang sedih, kalo boleh memang nak normal....kadang2 rasa terkilan and wish sgt dapat turn back time, tapi tu Qada n qadar... dah ditetapkan kena czer....sedih tengok budak tecik frust aku tak blh normal.... hurmmmm kadang2  benda tu mcm menghantui diri and bile teringat rasa down sgt....tapi aku try to be positif, aku dapat rasa sakit dua2... :) 

sedih jugak bile org tegur nape tak beranak normal... tapi nak buat mcmne.... tepat jam 748pm baby Nur Damia Qairina keluar dengan berat 3.3kg... huh semangat okay.... masa nie baru 37 weeks.... haahaha.... mama tak bagi upload gambar baby dulu sebab dia kata tak elok org menegur.. tunggu abis pantang...

okay tu je la pengalaman aku nak bersalin... nanti aku review hospital tempat aku bersalin...




Tuesday, August 6, 2013

SBP RESULT 2

hey dolls

setelah settle buat SBP kat klinik, pegi la tunjuk kat my gynea... then my gynea ckp kena continue buat once a week until i bersalin. untuk monitor sugar level... haiyooo

so tugas seterusnya bermula.... kali nie buat on weekend... doctor yg ganti on weekend mcm haremmm tak suke giler....  

ni lah resultnya, kali nie diet kurang menjadi ye!!! haiyooo tapi  ok la tak melepasi 7.6 kan?
8.30 pagi : 4.2
*cornflakes n low fat milk
11.30 pagi: 6.0
*epal blend with saderi n roti whole
4.30 petang : 5.0
*Nasi ayam
8.30 petang : 6.3




Friday, August 2, 2013

RESULT SBP (1)


hey dolls

hari tu dah pegi buat SBP kat klinik near to my house..... memang pagi tu cirit birit and tak pegi keje... so alang2 pegi la buat.. tapi kena buat sebenarnya kul 8 pagi kena start.... i pegi kul 11 pagi.... hahahaha kena bebel dengan doktor....

so nie la result nya... doktor tu ckp aku takde diabetes....

11.00 pagi : 4.3
* paratha n epal blend wit saderi
1.00 ptg : 4.8
*lunch nasi putih + sawi goreng + ayam goreng seketul
5.00 ptg : 5.6
*nasi goreng
9.30 mlm: 5.8

tapi bile aku pegi jumpe gynea aku dia ckp kena buat tiap2 minggu sampai beranak supaya tak payah ambik insulin... mak aih nangis.... so seminggu sekali la kena buat ye... 

memang beria aku tak makan sgt ari tu minum air je.... huhuuhu






Tuesday, July 30, 2013

Panggilan untuk ibu & ayah

Assalamualaikum..

Hari tu mama ada tanya aku, nak suh anak panggil ape nanti, aku dengan pantas jawab "mummy & babah". terus mama keluarkan ceramah agama dia. dia kata dia dengar ceramah and ustaz nie bgtau lebih elok kalo panggil umi & abi/ walid sebab Nabi S.A.W pun guna panggilan nie. tapi nie zaman moden and mummy & babaIni antara panggilan yang biasa di gunakan untuk panggilan kepada ibu & bapa :

Mama & Papa ( Panggilan ni popular sekarang)

Mama & Abah (Panggilan aku kat orang tersayang aku adalah mama & abah)

Mama & Baba (Pak ndak aku anak-anak dia panggil baba)

Ibu & Ayah / Abah ( Akak² aku guna gelaran Ibu & Abah)

Mak & Ayah / Abah ( Panggilan ni pon popular juga)

Umi & Abi ( Panggilan ni baru solehah. Macam nak guna panggilan ni je, tapi kalau tukar kepada mama & abi ok tak? =) )

Umi & Walid ( Panggilan ni pon solehah juga )

Mummy & Daddy ( Dengar cam mat saleh sikit, haha.. Tapi mummy tak elok sebab maksud dia hantu kubur, esok anak dok panggil hantu kubur, hantu kubur.. Ooh, serammm....)

Bonda & Ayahanda ( Macam kerabat di raja je, dulu kat sekolah member aku panggil mak dia bonda, bes je dengar.. Hehe)


Menurut seorang ustaz, panggilan terbaik adalah Umi & Abi kerana panggilan ini di gunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W.


Sebagai contoh, sepupu saya telah mengajar anaknya yang masih kecil dengan panggilan “papa” dan “mama”. Anaknya yang masih kecil akan terikut-ikut dengan panggilan tersebut kerana telah diasuh sejak kecil dengan panggilan tersebut. Namun, pada pandangan saya ia tidak sesuai dengan budaya kita kerana penggunaan panggilan seperti itu seperti terikut-ikut sistem panggilan barat dan bersifat lebih moden serta menyebabkan generasi muda tidak menggunakan panggilan yang asal seperti “emak” atau “mok” dan "ayah" atau "ayoh" dalam bahasa Kelantan dan Terengganu.

Kebiasaanya, panggilan untuk ibu bapa ini dipengaruhi oleh faktor seperti taraf ekonomi, taraf pendidikan, kawasan kediaman sama ada desa atau bandar, keturunan, bangsa dan sebagainya.

 

Oleh itu, gunalah panggilan yang sesuai untuk ibu bapa mengikut agama, bangsa dan adat kita sebagai rakyat yang beragama Islam kerana kadang kala sesuatu panggilan dapat mempengaruhi keeratan perhubungan kita dalam keluarga.



Menurut seorang ustaz, panggilan terbaik untuk ibu bapa ialah bagi bapa dipanggil Abi manakala untuk emak ialah Ummi kerana panggilan inilah yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW. Panggilan seperti Mummy tidak sesuai digunakan kerana mempunyai maksud yang tidak baik iaitu membawa pengertian hantu kubur. 



Monday, July 29, 2013

Cadangan Menu Untuk Ibu Yang Ada Kencing Manis


Assalamualaikum,

Hari ni aku kena buat BSP kali pertama. Dah amik 2 bacaan, tinggal 2 lagi. Pukul 5.30 petang & 9.30 malam nanti. Kali ni aku tak nak pikir sangat. Apa-apa pun resultnya, aku terima dengan hati yang terbuka. Cewaahh cakap senangla kan. Masa nak tunggu glucometer tu tunjuk result, berdebar jugak jantung aku ehehehehe... Alhamdulillah, setakat ni result sangat ok.. Tunggu dah dapat semua result baru aku share ya?

Anyway, bersempena dengan aku buat BSP harini, aku nak share cadangan menu yang Pegawai Diet Makanan bagi masa aku jumpa dia 2 minggu yang lepas. Mommies yang ada GDM bolehla follow menu ni :)

Memula Pegawai Diet tu bagi list Indeks Glisemik (GI). Apa benda indeks glisemik ni? Aku copy paste dari wikipedia jela ape maksudnya. Tak reti nak translate and explain hihih

The glycemic indexglycaemic index, or GI is a measure of the effects of carbohydrates on blood sugar levels. Carbohydrates that break down quickly during digestion and release glucose rapidly into the bloodstream have a high GI;carbohydrates that break down more slowly, releasing glucose more gradually into the bloodstream, have a low GI.

Basically, makanan yang tergolong dalam GI rendah tu yang elok untuk dimakan. Yang GI tinggi boleh makan jugak, tapi tak boleh makan banyak sangat...

Contoh makanan yang tinggi GI (elak daripada makan banyak atau jangan makan langsung!)
- Roti putih
- Emping jagung
- Ubi kentang
- Ubi kayu
- Roti mil penuh
- Nasi putih
- Bertih jagung
- Labu
- Lobak merah
- Kurma
- Tembikai
- Pisang
- Glukosa
- Maltosa
- Teh tarik

Contoh makanan yang sederhana GI (boleh makan sikit-sikit)
- Beras basmathi
- Pita
- Tosei
- Jagung
- Ubi keledek
- Idli
- Capati
- Nenas
- Betik
- Kiwi
- Ais Krim
- Sukrosa
- Madu

Contoh makanan rendah GI (makanla banyak-banyak!)
- Beras perang
- Oatmeal
- Ubi keladi
- Spaghetti
- Macaroni
- Laddu
- Sushi
- Sayuran hijau
- Oren
- Pear
- Mangga
- Epal
- Prunes
- Kacang kuda
- Kacang panggang
- Kacang soya
- Kacang hitam
- Kacang hijau
- Lentil
- Kidney beans
- Yoghurt
- Susu
- Laktosa
- Fruktosa
- Jus oren

Cadangan menu harian untuk ibu yang ada GDM:

Sarapan

1 gelas susu rendah lemak + 1 cawan oats

atau

1 cawan mee/kuew teow/mihun sup + 1 gelas susu rendah lemak + setengah biji epal

atau

1 keping capati + 2 sudu makan kuah dhal + 1 gelas susu rendah lemak + setengah biji mangga

Minum pagi

1 keping roti mil penuh bakar + 1 sudu teh marjerin + 1 kotak mancis daging cincang berempah + 1 cawan teh

atau

1 ketul pau ayam + 1 cawan milo O

atau 

2 biji karipap kecil berinti daging + 1 cawan teh O

Makan tengahari

1 cawan nasi putih + 1 cawan bayam tumis air + 1 ekor ikan selar masak asam pedas + setengah biji jambu batu + air kosong

atau

1 cawan nasi ayam + 1 peha ayam panggang + 1 mangkuk sup + 3 keping tomato segar + 1 helai daun salad + 1 biji oren + air kosong

atau

1 setengah cawan spaghetti + 1 senduk sos ayam + 1 mangkuk salad + 1 biji oren + air kosong

Minum petang

3 keping biskut krim kraker + 3/4 cawan yogurt rendah lemak + 1 potong betik

atau

1 biji karipap + 1 gelas susu rendah lemak + setengah biji epal

atau

2 biji popia basah kecil + 1 gelas susu rendah lemak + 1 biji oren

Makan malam

1 cawan nasi putih + 2 ketul daging masak kicap + 1 senduk kangkung tumis air + 1 potong betik + air kosong

atau

1 cawan nasi goreng + 1 ketul peha ayam + 1 senduk kobis goreng + 1 potong tembikai susu + air kosong

atau 

1 mangkuk kuew teow tomyam + 2 ketul daging + 1 potong tembikai susu + air kosong

Minum malam

3 keping biskut marie + 1 gelas susu rendah lemak

atau

1 keping roti putih + 1 keping keju rendah lemak

atau

1 biji muffin coklat + 1 gelas susu rendah lemak


Formula makan untuk orang ada kencing manis ni ialah, kuantiti makanan sikit tapi kerap makan.. Heh betul ke ayat aku.. Makan sikit tapi kerap, haa tu baru betul ehehe.. Macam cadangan menu kat atas ni, untuk 6 kali makan.. Janganla 6 kali makan tapi tiap kali tu makan nasikkk jek. Bukan je gula yang naik, berat pun naik jugak...

Aku takdela follow menu ni 100%. Aku adjust jugak. Nasik aku still makan cuma dalam kuantiti sikit dan tak bertambah. Kalau dulu, 2 pinggan sekali makan. Tapi sekarang taklehla buat macam tu huhuh.. Kalo masak pun aku tak bubuh gula.. Kicap pun letak sikit-sikit je..

Makanan manis-manis macam kek, gula-gula, coklat sume dah lama aku tinggalkan. Teringin jugak nak makan tapi tahan jela huhu... Minuman manis-manis pun sama. Kat luar je selalu order jus oren & limau ais/suam. Kat rumah memang minum air kosong je. Susu ngandung dah lama tak minum sebab aku suspect susu tu banyak gula dan sebab tula aku senang dapat GDM ni.. Tu yang aku rasa la. Lain orang, lain tolerantnye kan. Maybe badan aku ni takleh.. So sekarang aku minum susu Dutch Lady yang low fat tu... Milo pun memang tak minum. Nasib baik bukan favourite aku. Dietitian tu cakap, minuman 3 in 1 tu pun banyak gula gak tu. So stopla minum ek.... 

Mommies yang ada GDM, sama-samala kita jaga makan. Jom makan makanan yang GI nya sederhana dan rendah :)



Sunday, July 28, 2013

The Bad News Is - I Have GDM

GDM - Gestational Diabetes melitus

Assalamualaikum,

Huwaaa sedihnye aku nak bercerita kisah bad news ni.. But I'm taking it easily. Tak update blog sebab awal-awal tu memang emosi sedikit terganggu. Now dah okay. 

Khamis lepas aku ada appointment dengan nurse untuk minum air gula, sebab masa check up 31 weeks tu baby aku nampak besar.... tu doktor suspect ada diabetes  bile dia tanya aku " family aku ada keturunan kencing manis tak?" dengan penuh confident aku cakap takde.. padahal belah baba memang ada... aku je tak tau. so Khamis lepas juga aku kena minum air gula untuk kali pertama. kali nie budak tecik tak teman kan sebab kesian dia asyik cuti je... my sis yg temankan

Kali pertama (32w) minum air gula, result aku seperti berikut:

Darah pertama (selepas puasa) - 4.1
Darah kedua (2 jam selepas minum air gula) - 9.1




Aduiyaiiii... Bila tengok pada jadual kat atas, sah-sah aku ni ada tolerans glukosa yang terganggu wuwu.. Kiranya peringkat awal diabetes la.. Kalo aku tak jaga-jaga memang aku saje cari nahas la tu kannn...

Doktor pun geleng kepala bila tengok result aku... Dia dok tanya, "awak minum air manis banyak sangat ke? Ada makan buah banyak sangat ke?" aku nie bukan la pengemar air manis pun tapi sejak kahwin memang suke minum air manis sebabnya budak tecik kan org pantai timur. so tau je tahap kemanisan yg diaorg suke mcm ne...

Dah kempunan nak makan eskrem bila result marvelicious macam ni. Menci tauu....

Disebabkan result yang sangat cemerlang ini, aku kena la buat BSP - Blood Sugar Profile..

Yang aku tahu BSP ni kena amik darah hari-hari kan? Tapi aku kena buat BSP on 27 July ni. 

Malam sebelumnya kena puasa..
8 pagi amik darah pertama + jumpa pakar pemakanan..
11.30 pagi darah kedua
5.30 petang darah ketiga
9.30 malam darah keempat..

Setiap kali lepas amik darah tu kena cepat-cepat makan. Pastu in between bleh minum air masak je.. Kalau lambat makan takut nanti time amik darah, gula naik. Nurse pesan makan nasik sikit, lauk macam ikan atau ayam goreng sahaja pastu banyakkan sayur. Buah pun kalau bleh jangan makan banyak sangat.. Seminggu sbelum buat BSP ni pun memang kena kurangkan dah...

Sedihnye la aih bila dapat tau aku ada kencing manis ni. Bagitau mak aku lagila dia terkejut. Tapi dia sedapkan hati aku.  Tapi kena ingat-ingat dahla pasni. 

Hubby pun bebel tak payah cakapla.. Berbakul-bakul kena bebel.. Dia geram sebab aku tak suka minum air masak. 

Harap-harapnya masa buat BSP nanti result aku ok lah.. Tak maula sampai ke tahap kena cucuk insulin. Ya Allah, mintak jauh sangat!

Doakan aku!



Friday, July 26, 2013

33 weeks

hey dolls

ok now dah 33 weeks. fuhhh nervous.... harap2 semuanya selamat la kan... korang pun doa kan la agar semua semuanya berjalan lancar. Semalam jumpe doktor, doktor kata berat badan aku turun 1 kg, mungkin sebab puasa kowt... and berat baby dah normal balik. 2.3kg.. tapi bile dia tengok result air gula aku... dia dah tau la kenapa baby aku besar... huhuhuhu

suke giler minum air manis kan???? huh ambik kow pasti pantang la kow 2-3 bulan... tak pe janji kurus.... demi baby kena la buat.... doktor dah ckp badan aku kecik baby tak boleh besar sgt... takut bahu dia tak lepas keluar nanti......

kitaorg bersyukur berat baby dah tak jadi issue tapi keluar issue diabetes plak.. mama kata nak buat kan air misai kucing.... minum la kalo dah tahap nazak mcm nie...

pengorbanan sorang ibu





Wednesday, July 24, 2013

Berbuka di Old Town White Coffee


hey dolls

hari jumaat ari tu, i ajak my sis teman g damai services hospital nak minum air gula.... dah 8 bulan baru nak buat ye... huh!!!  Ni sebab last week masa pegi medical checkup, doctor ckp my baby besar. It supposed to weight 1.7 kg tapi baby I dah 2.1kg… hurmm dia takut la kena ceaser nanti… pastu dia ckp perut u nampak kecik, tapi air banyak ketuban u banyak… hahahaha tu la setelah di google, rupenya tak elok makan roti sgt, better nasi dari roti… and no ice….

So pagi2 kul 9.00 my sis datang ambik kat umah, budak kecik kena keje. so dia la teman… sampai je… ambik darah, ambik air kencing and then minum air gula 300ml.. memang menahan je nak muntah nasib sejuk air tu….. hahaha pastu nurse tu kata kena datang after 2 hours.. ye pukul 1150 aku datang balik untuk ambik darah and air kencing…. Hurmmm resultnya keluar minggu depan ye… then lepak kat umah mama.

Mama cakap malam nie masjid dapat invitation buka puasa dekat old town white, so my mum and dad dapat jemputan sebab diaorg AJK masjid… so secara automatic kitaorg pun dapat la pegi sekali…makan free kan.. rezeki anak.. tak payah masak dah….. makanan diaorg serve not bad siap ada dessert lagi…  then diaorg bagi cenderahati bagi white coffee and voucher….


Hehehe thank you old town white coffee!!


Thursday, July 11, 2013

doa


hey dolls

sekarang nie tengah gigih membaca doa2 kat bawah nie, semoga semuanya di permudahkan.

semoga anak mummy yang bakal lahir nie cerdik & pandai .. amin






Tuesday, July 2, 2013

Tanda-Tanda Hampir Bersalin

Hari ni dah 30 minggu mengandung.
Badan memang dah terasa pelik, kadang-kadang sakit tulang bontot, kadang-kadang sakit celah peha, sakit belakang, kadang-kadang tak rasa apa-apa pun.

Kerja pun banyak lagi ni.
Ada satu test lagi untuk setiap kod. Harap dipermudahkan semua urusan..huu!

Serius memang tak tahu apa-apa pasal bersalin, melainkan dengar pengalaman orang lain je.
Try jugak imagine sakitnya bersalin tu macam mana, tapi semua cakap 'kau tak kan dapat imagine!".

Ok.. sampai ketikanya aku akan rasa sendiri.
Takut, but excited. :)

Jadi, aku rasa aku perlu tau kot apa tanda-tanda hampir beranak kan?

Maka aku pun ada lah search sikit-sikit..
Dan terjumpa kat 1 blog ni, so aku nak kongsi lah.
Sesambil tu aku nak hafal..haha..


Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
•Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
•Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
•Sakit perut & memulas
•Kerap buang air besar
•Kerap terkentut
Keluar Lendir Pekat Atau Keluar Darah Bercampur Lendir
•Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
•Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang
•Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
•Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
•Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
•Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Pintu Pangkal Rahim Terbuka Dan Menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi Yang Tetap Dan Berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.


Ini antaranya, ada lagi tanda-tanda lain, kalau berminat boleh baca kat blog tu. 



Friday, June 21, 2013

Pertumbuhan Bayi

Berikut perkembangan bayi semasa dalam kandungan (dari minggu 1 hga kelahiran)

Minggu 1
Hari Pertama : Persenyawaan berlaku
Hari ke-3 : Terbentuknya bebola di salur rahim yang dinamakan morula. Dari morula akan bertukar blastosista dimana terbentuknya ruang di dalam morula.
Hari ke-5 hingga ke-6 : Blastosista bergerak ke dinding rahim.

Minggu ke-2 hingga ke-3
Hari ke-7 hingga ke-21 : Embrio terbentuk dan melekat di dinding rahim.
Hari ke 21 : Wanita menyedari dirinya tidak mengalami haid. Kehadiran hormon gonadotropin dalam air kencing.

Minggu ke-4 hingga ke-8
Embrio sudah mempunyai sistem pendengaran, penglihatan, tulang, daging, kulit dan organ-organ asas tetapi tidak boleh berfungsi.

Minggu ke-9 hingga ke-12
Jantung janin berdegup cepat.
Darah beredar melalui salur darah.
Perut janin mula aktif.
Ginjal mula berfungsi.
Uri kian membesar.
Organ utama tubuh sudah terbentuk.

Minggu ke-13 hingga ke-16
Otot semakin aktif.
Jantina boleh dikenal pasti.
Uri sudah lengkap terbentuk.
Uri dihubungkan melalui tali pusat.
Tali pusat membawa makanan daripada ibu dan membawa sisa janin kepada ibu untuk dikumuhkan.
Janin mula menghisap ibu jari.

Minggu ke-17 hingga ke-20
Janin menyerupai bentuk manusia.
Bulu roma halus mula tumbuh pada kulit.
Rambut, bulu kening dan bulu mata mula tumbuh pada kulit.
Mata masih tertutup.
Kuku mulai kelihatan.
Perkembangan uri semakin perlahan manakala janin semakin membesar.

Minggu ke-21 hingga ke-26
Kulit janin kelihatan kurang kemerahan dan diliputi bulu roma.
Mata mulai membuka dan mengatup.
Otot pada lengan dan kaki semakin kuat dan kental.
Ibu mula terasa kandungan dalam perut.

Minggu ke-26 hingga ke-29
Paru-paru dan salur darah sudah berkembang bagi membenarkan pertukaran gas.
Badan janin kurus.
Warna kulit kemerahan dan diliputi lapisan pelindung.
Janin boleh membuka mata.
Degup jantung janin sudah dapat didengari dengan jelas.
Janin bergerak aktif.
Ibu boleh merasa tendangan janin.

Minggu ke-30 hingga ke-38
Kulit janin kemerahan dan berkedut.
Tulang kepala lembut.
Peparu sudah boleh berfungsi.
Janin boleh mendengar bunyi yang kuat.
Janin memberi maklumbalas dengan menggerakkan kaki dan lengan.
Rupa janin bertukar menjadi bayi yang berisi.

Minggu ke-38
Janin sudah sempurna anggota tubuhnya dan bersedia ke alam baru.

Dipetik dari blog :http://www.norazizah.org/2011/03/kelebihan-wanita-mengandung-yang-mual.html
Sumber :
1.Buku 'Psikologi Kana-kanak' Mohd. Sharani Ahmad
2.http://animated-gifs.org/wp-content/themes/frugal/graphics/cat/pregnancy/pregnancy-001.gif
3.http://animated-gifs.org/wp-content/themes/frugal/graphics/cat/pregnancy/pregnancy-021.gif


Subhanallah, Walhamdulillah..Wa laa ilaaha illallahh..Wallahhu Akbarr....


Thursday, June 20, 2013

Surah Amalan Ibu Mengandung




Nikmat mengandung dan melahirkan anak adalah nikmat yang cukup berharga yang dikurniakan Allah SWT kepada wanita. Pengalaman selama tempoh mengandung dan melahirkan adalah cukup indah dan berharga. 

Tempoh mengandung adalah detik emas yang seharusnya dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh bakal ibu dan ayah. Semasa mengandung, bakal ibu sangat digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah antaranya bertaubat kepada Allah SWT, membanyakan zikir dan doa serta membaca Al-Quran. Setiap surah yang ada di dalam Al-Quran mempunyai kelebihannya tersendiri. 

Antara surah amalan ketika mengandung ialah surah al-Fatihah, surah Maryam, surah Yusuf dan surah Luqman.

Surah al-Fatihah
Ibu mengandung digalakkan membaca surah al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwuduk, semoga zuriat yang dilahirkan memperoleh ilmu pengetahuan disamping dapat mengawal hati dan fikiran daripada perkara mazmumah..

Surah Yusuf
Surah Yusuf telah diturunkan di Makkah dan mengandungi 111 ayat. Dinamakan Yusuf kerana hampir keseluruhan dipenuhi akan kisah Nabi Yusuf a.s yang bermula dari ayat 4 hinngga 101. Ibu yang sedang mengandung disarankan agar memperbanyakkan membaca surah Yusuf agar dikurniakan zuriat yang soleh, cerdik, tampan dan tabah menghadapi ujian

Surah Luqman
Dalam pengkisahan Luqman dengan anaknya, Allah SWT menegaskan tentang wajibnya manusia bersyukur akan segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada mereka dan wajib menjauhi perkara syirik. Ibu yang mengandung dianjurkan supaya membanyakkan membaca surah Luqman agar bayi yang dalam kandungan akan dikurniakan kebijaksanaan akal fikiran dan hikmah yang tersirat apabila lahir ke dunia, insya-Allah.

Surah Maryam
Ibu yang sedang hamil disarankan untuk membanyakkan membaca surah Maryam agar bayi yang dilahirkan nanti mempunyai akal yang cerdas dan hati yang sabar dan cekal dalam menempuhi ujian. Amalan surah Maryam juga memudahkan ibu semasa melahirkan anak.


Dipetik dari Buku Amalan Surah Ibu Mengandung, terbitan Inteam Publishing Sdn Bhd

nita-mengandung-yang-mual.html">http://www.norazizah.org/2011/03/kelebihan-wanita-mengandung-yang-mual.html



Sumber : Deepak Chopra, MD. Panduan Holistik Kehamilan & Kelahiran.