Walk to Remember

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers



Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers


Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, July 29, 2013

Cadangan Menu Untuk Ibu Yang Ada Kencing Manis


Assalamualaikum,

Hari ni aku kena buat BSP kali pertama. Dah amik 2 bacaan, tinggal 2 lagi. Pukul 5.30 petang & 9.30 malam nanti. Kali ni aku tak nak pikir sangat. Apa-apa pun resultnya, aku terima dengan hati yang terbuka. Cewaahh cakap senangla kan. Masa nak tunggu glucometer tu tunjuk result, berdebar jugak jantung aku ehehehehe... Alhamdulillah, setakat ni result sangat ok.. Tunggu dah dapat semua result baru aku share ya?

Anyway, bersempena dengan aku buat BSP harini, aku nak share cadangan menu yang Pegawai Diet Makanan bagi masa aku jumpa dia 2 minggu yang lepas. Mommies yang ada GDM bolehla follow menu ni :)

Memula Pegawai Diet tu bagi list Indeks Glisemik (GI). Apa benda indeks glisemik ni? Aku copy paste dari wikipedia jela ape maksudnya. Tak reti nak translate and explain hihih

The glycemic indexglycaemic index, or GI is a measure of the effects of carbohydrates on blood sugar levels. Carbohydrates that break down quickly during digestion and release glucose rapidly into the bloodstream have a high GI;carbohydrates that break down more slowly, releasing glucose more gradually into the bloodstream, have a low GI.

Basically, makanan yang tergolong dalam GI rendah tu yang elok untuk dimakan. Yang GI tinggi boleh makan jugak, tapi tak boleh makan banyak sangat...

Contoh makanan yang tinggi GI (elak daripada makan banyak atau jangan makan langsung!)
- Roti putih
- Emping jagung
- Ubi kentang
- Ubi kayu
- Roti mil penuh
- Nasi putih
- Bertih jagung
- Labu
- Lobak merah
- Kurma
- Tembikai
- Pisang
- Glukosa
- Maltosa
- Teh tarik

Contoh makanan yang sederhana GI (boleh makan sikit-sikit)
- Beras basmathi
- Pita
- Tosei
- Jagung
- Ubi keledek
- Idli
- Capati
- Nenas
- Betik
- Kiwi
- Ais Krim
- Sukrosa
- Madu

Contoh makanan rendah GI (makanla banyak-banyak!)
- Beras perang
- Oatmeal
- Ubi keladi
- Spaghetti
- Macaroni
- Laddu
- Sushi
- Sayuran hijau
- Oren
- Pear
- Mangga
- Epal
- Prunes
- Kacang kuda
- Kacang panggang
- Kacang soya
- Kacang hitam
- Kacang hijau
- Lentil
- Kidney beans
- Yoghurt
- Susu
- Laktosa
- Fruktosa
- Jus oren

Cadangan menu harian untuk ibu yang ada GDM:

Sarapan

1 gelas susu rendah lemak + 1 cawan oats

atau

1 cawan mee/kuew teow/mihun sup + 1 gelas susu rendah lemak + setengah biji epal

atau

1 keping capati + 2 sudu makan kuah dhal + 1 gelas susu rendah lemak + setengah biji mangga

Minum pagi

1 keping roti mil penuh bakar + 1 sudu teh marjerin + 1 kotak mancis daging cincang berempah + 1 cawan teh

atau

1 ketul pau ayam + 1 cawan milo O

atau 

2 biji karipap kecil berinti daging + 1 cawan teh O

Makan tengahari

1 cawan nasi putih + 1 cawan bayam tumis air + 1 ekor ikan selar masak asam pedas + setengah biji jambu batu + air kosong

atau

1 cawan nasi ayam + 1 peha ayam panggang + 1 mangkuk sup + 3 keping tomato segar + 1 helai daun salad + 1 biji oren + air kosong

atau

1 setengah cawan spaghetti + 1 senduk sos ayam + 1 mangkuk salad + 1 biji oren + air kosong

Minum petang

3 keping biskut krim kraker + 3/4 cawan yogurt rendah lemak + 1 potong betik

atau

1 biji karipap + 1 gelas susu rendah lemak + setengah biji epal

atau

2 biji popia basah kecil + 1 gelas susu rendah lemak + 1 biji oren

Makan malam

1 cawan nasi putih + 2 ketul daging masak kicap + 1 senduk kangkung tumis air + 1 potong betik + air kosong

atau

1 cawan nasi goreng + 1 ketul peha ayam + 1 senduk kobis goreng + 1 potong tembikai susu + air kosong

atau 

1 mangkuk kuew teow tomyam + 2 ketul daging + 1 potong tembikai susu + air kosong

Minum malam

3 keping biskut marie + 1 gelas susu rendah lemak

atau

1 keping roti putih + 1 keping keju rendah lemak

atau

1 biji muffin coklat + 1 gelas susu rendah lemak


Formula makan untuk orang ada kencing manis ni ialah, kuantiti makanan sikit tapi kerap makan.. Heh betul ke ayat aku.. Makan sikit tapi kerap, haa tu baru betul ehehe.. Macam cadangan menu kat atas ni, untuk 6 kali makan.. Janganla 6 kali makan tapi tiap kali tu makan nasikkk jek. Bukan je gula yang naik, berat pun naik jugak...

Aku takdela follow menu ni 100%. Aku adjust jugak. Nasik aku still makan cuma dalam kuantiti sikit dan tak bertambah. Kalau dulu, 2 pinggan sekali makan. Tapi sekarang taklehla buat macam tu huhuh.. Kalo masak pun aku tak bubuh gula.. Kicap pun letak sikit-sikit je..

Makanan manis-manis macam kek, gula-gula, coklat sume dah lama aku tinggalkan. Teringin jugak nak makan tapi tahan jela huhu... Minuman manis-manis pun sama. Kat luar je selalu order jus oren & limau ais/suam. Kat rumah memang minum air kosong je. Susu ngandung dah lama tak minum sebab aku suspect susu tu banyak gula dan sebab tula aku senang dapat GDM ni.. Tu yang aku rasa la. Lain orang, lain tolerantnye kan. Maybe badan aku ni takleh.. So sekarang aku minum susu Dutch Lady yang low fat tu... Milo pun memang tak minum. Nasib baik bukan favourite aku. Dietitian tu cakap, minuman 3 in 1 tu pun banyak gula gak tu. So stopla minum ek.... 

Mommies yang ada GDM, sama-samala kita jaga makan. Jom makan makanan yang GI nya sederhana dan rendah :)



No comments: