Walk to Remember

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers




Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Wednesday, October 23, 2013

Bahana anak gegurl

Assalamualaikum semua


nie la bahana bile dapat anak gegurl.. shopping non stop... hahahaha.. tapi kalo anak laki pun sama je.. cume choice tu limited je.... kalo anak gegurl dgn headband lagi...... mcm2 la....


betul orang ckap kalo dah ada anak nie.. habis duit ke anak dari diri sendiri.. nie mula3 barang yang di beli.. lepas2 tu ada lagi beli... miahahaha beli semua besar so boleh pakai lama.. 




Monday, October 21, 2013

Hadiah for Nur Damia Qairina

Assalamualaikum semua





























alhamdullilah murah rezeki Damia, banyak orang bagi gift untuk dia... syukur alhamdullilah.... terima kasih pada semua yang sudi datang melawat dekat hospital, and rumah..... sape2 yang tak datang melawat tu putus kawan.. miahahaha (gurau je)

bersyukur sangat atas rezeki yang Allah S.W.T bagi pada Damia.. Insyallah berkekalan rezeki nie..... betul la orang cakap rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk bukan hanya bentuk wang ringgit je :)


Sunday, October 20, 2013

Damia Qairina sebulan

assalamualaikum semua

Entry dah basi nie, baru nak update... ok baby Damia dah sebulan dah pun... excuse muke malas nak layan Damia nie... hehhee

hari tu pegi inject, alhamdullilah berat badan dia naik 4.5kg... masa lahir 3.1 kg je.... hehehehehe memang terasa la kalo dukung dia tu.. tapi tak pe janji dia sihat......

masa inject tu mula2 je dia nangis... mama yang pegang dia... huhuhu tapi alhamdullilah dia tak demam takde ape2... balik je dari inject tu terus dia tido...


Saturday, October 19, 2013

Berurut Dalam Pantang

Assalamualaikum semua

Nie nak bercerita tentang berurut plak...kalo sape yang bersalin czer tak boleh nak urut terus, kena tunggu seminggu mcm tu..


 tapi kalina balik je rumah mama dah suh pakai bengkung takut perut buncit.... tapi tak la pakai ketat.. pastu kena pakai 24 jam kecuali mandi... haish... masa tido pun pakai ye.. contoh bengkung mcm kat gambar tu...



sementara nak tunggu boleh urut tu, mama ada suh buat bertungku, mula2 tu guna batu sungai.. sambil mama masak tu dia panaskan batu sungai tu sekali.. dia suruh letak kat punggung and perut...

bile makcik berurut tu datang, dia buat semua, bertungku, tangas, urut semua la..... tapi yang bertangas tu paling best.... sebab dia merapatkan balik rahim kita, hilangkan bau hanyir darah nifas... memang best buat. sehari buat dua kali.. dia ada rempah2 dia yang kena panaskan then letak kat tempat bertangas (dlm gambar kat atas)....


lepas tu mama letak kapur and limau sebelum bengkung, nak kasi stretch mark tu ilang, setengah orang kata gatal.. ntah bagi kalina ok je...hehehhee

now dah abis pantang kalina pakai PB je.. ye lah beli beribu takkan tak pakai kan?? huhuhuhu...






Tuesday, October 15, 2013

Cukur rambut Damia Qairina

Assalamualaikum semua

Kalina nak up entry tentang Damia cukur rambut hari tu :) So, entry ni khas buat anak ummi bila dah besar nanti, sila baca! haha. 

Kita imbas balik cerita awal bulan aritu.

Masa awal-awal lahir, rambut Damia memang agak lebat jugak la. Patotlaaa bila dalam perut dulu perut ummi ni kejap-kejap rasa gatal. Nak garu memang takklaaa kan, gosok-gosok je pakai kain selowww-selowww. Takut berbekas. Masa tu terdetik laa jugak dalam hati, "anak aku dalam perut ni rambut lebat sangat ke sampai gatal sangat bawah pusat ni". Yelah, dah orang-orang tua dulu cakap macam tu, so Kalina pon guna la jugak teori diorang.haha. 

Plan nak cukurkan Damia bila raya hari nanti. Tapi nenek Damia dah plan bile nak cukur rambut cucu dia.. so kitaorg ikutkan aje..

Mengikut sunnah, Damia pon dicukurkan sampai botak. Kalina tak buat cukur jambul sebab yang Kalina  baca dan tau tu adalah amalan bidaah. Berpandukan kpd syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Amalan ni jugak dipercayai berasal drpd kepercayaan masyarakat India yg beragama Hindu. Tambah mengelirukan, dalam cukur jambul jugak ada adat yang di mana rambut yang digunting tu dimasukkan dalam buah kelapa. 

(Artikel lengkap tentang amalan cukur jambul ni korang boleh baca dekat sini :-)

Malam sebelum Damia nak cukur tu, Kalina kejap-kejap cium rambut dia, takut nanti rindu bau rambut lebat dia tu. wuuuuu..Sape tak sayangg oiii  rambut anak lebat dalam peKalina still ingat lagi bau-bau rambut Damia masa panjang aritu. Tapi takpe, cukur kan amalan sunat, and rambut Damia pon jenis yang cepat tumbuh. 


Yang Kalina ingat, awal-awal pagi nak cukur aritu, Kalina dengan Damia dua-dua bangun lambat. Tak teringat langsung nenek yang nak cukur tu nak datang.haha! eh kejap, nenek tu nama dia senang nak panggil dalam entry ni "Opah". hehe. Opah datang nak cukurkan Damia dalam pukul 8.30 pagi macam tu. Damia still tido time tu, tido punya baik nyenyak. Opah cakap takpee, bagi dia cukur time dia tido tak sedar tak ape.

hehehe. Damia tengah tido time ni. Memang nyenyak. Konon-konon orang nak kesian dekat dia laaa teww buat-buat tido comel tak nak kena cukur. haha!

1st time nampak Opah tu datang , Kalina  balik-balik rasa nervous macam rambut sendiri plakkk nak kena cukur. Yelahhh, nervous sampai 1st impression tu Kalina  dah siap-siap terbayangkan macam Tok Mudim yang datang rumah nak sunatkan orang! haha. Ala-ala seram gituuu kan.

Bila tengok Damia tidur masa tu, rasa lega sangat at least dia tak sedar la kan kepala dia nak kena botak. huhu. 


Jadi setelah rambut-rambut Damia dah setel dicukur, aritu dah bawak pegi timbang semua rambut Damia dekat kedai Mas Cina. Berat rambut dia 0.65gm. Cina tu kira 1gm untuk harga mas arini RM 160. Makanya, 0.65gm X Rm160 = Total semua RM 104.00 duitnya :) 

Lepas tu duit tu nanti kitorang kena bayar and akan diserahkan kepada golongan fakir miskin. Yang ni amalan sunat :) 

"Sunat disedekahkan emas atau perak hasil daripada timbangan berat rambut yang dicukur itu kepada fakir miskin jika berkemampuan. Jika tidak mampu, maka tidaklah diberatkan ke atas ibu bapa anak tersebut melainkan sekadar yang terupaya, umpamanya digantikan dengan nilaian wang atau sebagainya mengikut kemampuan. "

Let say kalau korang tak berkemampuan nak bayar ikut harga emas, boleh jugak dinilaikan dengan harga perak. Depends pada kemampuan masing-masing. InshaAllah lepas ni pulak nak buat majlis Aqiqah untuk Damia


Monday, October 14, 2013

Tahnik baby NDQ

Assalamualaikum semua


sebelum bersalin dulu, memang dah search awal2 tentang tahnik... ada setengah hospital islam memang buat terus dekat bayi tapi tak semua hospital yang buat.. so untuk Damia nie kitaorg mintak tolong Imam Masjid Sri Gombak yang buatkan, Imam Raja..

Damia yang diam di pangku oleh Imam Raja
Hukum Tahnik adalah SUNNAH (amalan yg dianjurkan dlm Islam).

» Dan Cara Tahnik Bayi yg baru lahir ialah dengan mengunyahkan kurma atau mengoleskan kurma yg sdh lunak n lembut dengan jari telunjuk ke dalam mulut bayi yang baru lahir dengan cara mengerakkannya ke kanan dan ke kiri secara lembut.

» Tidak ada Doa khusus Tahnik bayi yg baru lahir selain mendoakan keberkahan bagi kehidupannya.

» Dianjurkan agar yang melakukan tahnik bayi yg baru lahir adalah orang sholih yang memiliki keutamaan, dikenal sebagai orang yang berakhlak baik dan berilmu. Dan akan lebih utama jika orang sholih.

» Hal ini berdasarkan hadits shohih yg diriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu anhu, ia menceritakan:
“Ketika anakku lahir, aku membawanya kepada Nabi shallallahu alaihi wasallam. Beliau men-tahnik-nya dengan kurma dan beliau mendoakan keberkahan baginya.” (HR. Imam Al-Bukhari).

» Diantara lafazh doa memohon keberkahan bagi bayi yg baru lahir adalah sbb:

“Allaahumma Baaarik fiihi”

(Ya Allah, berkahilah kehidupannya).”




Saturday, October 12, 2013

Nur Damia Qairina

Assalamualaikum. 

Last post dlm blog ni, kalina cuma bagi nama anak kalina dengan gelaran "baby NDQ" sementara nak menunggu selepas hari ke-7. Takde tanda tanya lagi dah, kalina and suami sepakat menamakan puteri sulung kami dengan nama"Nur Damia Qairina".



Our little baby girl, Nur Damia Qairina binti Hasbullah
Boleh panggil Damia, Mia, Qairina......

Kenapa kalina dan suami menamakan "Nur Damia Qairina" ? 

Nama baby ni ada maksud tertentu yang kalina dan suami telah fikirkan sesuai sebagai seorang bayi perempuan dan yang pasti tiada makna buruk. Dalam aspek memberi nama ni, dari pandangan yang dibaca dari sumber2 sahih ada menyatakan sekiranya sesuatu nama memberikan 2 makna termasuk yang baik dan buruk sekalipun maka harus jika menggunakannya kerana ini ada dilakukan oleh Nabi s.a.w. sendiri. Nur membawa maksud cahaya.....

Maksud bagi perkataan Damia dalam bahasa Arab adalah seperti berikut:DAMIA:  Kebajikan atau Keberkatan, mudah-mudahan ia membawa kebajikan dan keberkatan di sepanjang hayatnya. Damia juga bermaksud bijak... Qairina Pulak bermaksud kebaikan,,,,,

Mengikut pendapat ilmuan, nama-nama bukan dari bahasa Arab yang elok maknanya juga harus dipakai.Nabi saw menyatakan sunat untuk meletakkan nama yang membawa maksud baik-baik, tapi tidak menyatakan wajib menggunakan bahasa Arab, namun mmg baik digunakan untuk beroleh keberkatan dari bahasa Al-Quran. Ustaz Azhar Idrus juga pernah menyatakan boleh guna semua bahasa dunia asalkan tidak membawa maksud yang buruk dan syirik. Berhati-hati juga bila mencari nama dalam buku2 himpunan nama yg selalu dijual hari ini kerana Ustaz2 yg fasih berbahasa arab ada menyatakan nama2 dlm buku2 ini kadang2 adalah dari bahasa pasar arab yang boleh lari maknanya. Namun yang paling penting, sebagai ibu bapa kenalah pandai didik anak kita supaya akhlak dan akidahnya terbela, kalau kita terlalu bergantung pada nama untuk menentukan nasib seseorang, tak betul juga kan, takut menyimpang dan syirik pula nanti. 

Kalina selamat melahirkan Nur Damia Qairina  masa kandungan genap 37 minggu. Semuanya jadi dengan pantas, tau-tau je baby dah keluar dengan selamat, lengkap 1 pakej anggota badan. Alhamdulillah syukur.




Friday, October 11, 2013

Lahirnya baby NDQ ke dunia

hey dolls


nie la intan payung saya... Baby NDQ... Lahir pada 19 Aug 2013, pada jam 7.48 malam, awal 2 hari dari birthday babah dia.... hehehehe  berat masa lahir 3.3 kg....



Berakhir sudah perjalanan kalina mengandung  selama 9 bulan dan bermulalah hidup sebagai seorang ibu kepada seorang baby perempuan yang berambut lebat ni. hehe. Terima kasih dan syukur ya Allah atas nikmat yang paling besar dalam hidup..




Baby kalina beberapa jam selepas dilahirkan. tapi time ni  masih dalam bilik lagi,tak keluar lagi doctor tengah dok jahit. hihik. Semua yang tengok baby kalina, semua cakap baby lebat. Dalam hati, patutlah time mengandung, perut kemain gatal lagi. Orang cakap kalau perut gatal, tandanya rambut baby...hihi


Last but not least, terima kasih kepada semua yang mendoakan kalina daripada awal hingga lepas bersalin :) Terima kasih juga untuk semua yang wish tahniah.

Ramai yang dok tanya-tanya, ape nama baby girl kalina ni. InshaAllah, mengikutkan sunnat, masuk je selepas hari ke-7 nanti, Bukan bajet mcm Retisss ye... Nie pun mama tak bagi post gambar baby girl until 3 month.... Tak bagi orang tegur..... Takut nanti terbantut pembesaran dia.. sebab tu lambat update.. hehehe

Assalamualaikum, ada masa lagi nanti kalina buat entry lagi panjanggg..