Walk to Remember

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers




Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Showing posts with label langkawi. Show all posts
Showing posts with label langkawi. Show all posts

Friday, May 24, 2013

LANGKAWI PART 4



hey dolls


Di ambil dari :- www.fun-travel-malaysia.com/Langkawi-Attractions-Galeria-Perdana untuk panduan.. Itulah harga yang akak kena bayar masa masuk ke situ..  The Galeria Perdana is situated at Kilim, Mukim Air Hangat and is Opened Daily from 8:30 a.m. to 5:30 p.m. on normal days, and from 8:30 a.m. to 6:00 p.m. on School Holidays and Public Holidays.

The Entrance Fee is as follows:-

Malaysians
Adults = RM 5.00
Child = RM 2.00 (under 12 yrs of age)

Foreigners
Adults = RM 10.00
Child = RM 4.00 (under 12 yrs of age)

If you wish to bring a Camera into the Galeria, you would have to pay an extra RM 2.00 and if you wish to bring a Video Camera into the Galeria, you would have to pay an extra RM 5.00.



Kami singgah sebentar di Pantai Pasir Hitam untuk mengambil angin pagi. tenang dan redup je. Nampak juga orang menjala ikan ke ape tah dekat pantai. Sepanjang pantai ini pasirnya berwarna hitam. Pasir hitam ini terjadi disebabkan campuran granite, tourmaline, ilmenite dan zircon. Jadinya ianya membezakan dengan pasir-pasir pantai lain di sekitar Pulau Langkawi.

Versi 1 – Mitos
Pasir dipantai ini dikatakan telah menjadi hitam akibat seorang nelayan telah melanggar sumpahnya dengan ikan duyung.
Versi 2 -Mitos
Ketika zaman dahulu kala, terdapat kerajaan darat dan kerajaan laut pada ketika itu. Peperangan tercetus diantara kedua-dua kerajaan tersebut. Tentera kerajaan laut terlalu ramai dan menggerunkan kerajaan darat. Akhirnya kerajaan darat menyalakan unggun api disepanjang pantai ini untuk menunjukkan betapa ramai tenteranya ketika itu. Akhirnya peperangan dapat dielakkan.
Versi 3 : Fakta
Mengikut kajian sains, pasir hitam ini adalah disebabkan beberapa mineral seperti besi oksida dan lain-lain telah bercampur dengan pasir biasa. Tetapi anehnya, disini tiada gunung berapi yang menyebabkan pasir ini dipenuhi mineral ini. Sehingga kini masih tidak pasti punca sebenar perkara ini terjadi.

Sebenarnya kami plan nak layan laut di Tanjung Rhu atas saranan local people yang kami temui tetapi masing-masing tak sihat pagi ini. Jadinya, sekadar melayan sunrise dalam mimpi ajelah hehehe. 

Perjalanan kami diteruskan ke Tanjung Rhu sekali lagi. Alhamdulillah, cuaca sangat baik hari ini; panas terik dan langit sangat cantik keadaannya. Panas buter melepak di Tanjung Rhu; fuhh memang bestlah hehehe. Tak tahu nak gambarkan macam mana, rasa macam tak nak balik. Nak buat rumah dan lepak kat situ selamanya. Sungguhlah, pada kawan-kawan yang ingin ke Langkawi silalah ke Tanjung Rhu. Cuba lari dari kebiasaan. Di sini suasananya sangat tenang dan yang paling penting tak padat dengan pengunjung. 

Pantai Cenang dulunya terkenal dengan pasirnya yang halus dan bersih. Selepas tsunami Acheh, banyak kulit kerang 'dibawa' ke Pantai Cenang. Jadinya, pantai ini terbahagi dua. Yang berhampiran laut banyak kulit kerang seperti gambar di atas.

Ini gambar pantai yang masih bersih dan pasirnya masih halus...






Thursday, May 23, 2013

LANGKAWI PART 3


hey dolls

ok the third day, kitaorg singgah kilang gamat, saje jakun tak pernah tengok mcmne gamat di proses... so memang  banyak la borong minyak gamat, balm gamat stock untuk setahun....

selepas itu kitaorg pegi makam mahsuri, lagenda langkawi... hehehhehe best giler pegi tengok rumah dia, tengok muzium dia sejarah dia... n bermacam2 mitos yang ada kat situ... so byk la snappy kat situ... siap ada jual perfume mahsuri ye!!! hahahaha


tempat menarik di langkawi
makam mahsuri duduk dalam area bergelar kompleks... weihh.. biar betik??? mula klana pun terkezut babun jugak, ingatkan makam mahsuri nie juz macam makam hang tuah kat melaka tu.. tapi ia sebenarnya berada dalam satu kawasan terancang n dihias cantik... macam2 ada kat dalam nie. ada muzium, restaurant, pusat kraf, pameran geologi, burung n demonstrasi produk2 langkawi. dari pintu masuk utama, nun jauh di tengah2 komplek nie, nampak jelas binaan makam... tempat bersemadinya puteri lagenda berdarah putih.. menandakan kesucian diri ketika mati difitnah.. begitu lah sadisss sekali kesahnya (T_T). klana tengok sekitar makam banyak tandan2 pisang, macam ada orang buat upacara bayar nazar di makam nie... omg.
makam mahsuri replika
psstt.. the secret revealed!! selama nie klana mati-mati ingat pic kat atas nie betol-betol makam mahsuri.. rupe nya tipah tertipu!! yg atas tu hanya replika makam... yeps, tu lah yg diberitahu pd kami oleh salah seorang pekerja di makam mahsuri nie..

makam mahsuri sebenar
ni makam mahsuri sebenar, yg benar lagi sebenar-benarnya... hanya ditanda oleh dua batu sungai.. terletak tak jauh di sebelah makam yg dikata replika tadi.. staf kat situ cakap, tujuan dibuat macam nie bagi menjaga kesucian makam mahsuri sebenar.. huhu


then kitaorg pegi underwater world, location Underwater World nie dekat, so.. jarak perjalanan dari hotel hanya memakan masa lebih kurang 20 minit. Patutnya boleh sampai lebih awal lagi, tapi memandangkan on the way kami lalu tepi pantai yang cantek mengoda... sempat lagi kami berenti n snap photo di beberapa tempat. Dekat2 nak sampai.. kiri kanan jalan klana lihat banyak chalet n rumah tumpangan jenis homestay style. Iklan2 tradisional massage jugak terpampang merata-rata... hurmmm.. klana dapat bayangkan penduduk langkawi nie business minded betul n xlepaskan peluang untuk memajukan ekonomi diorang dalam industri pelancongan. mat n minah saleh banyak kat cnie. xbestnya... ada satu kapel omputeh tu selamber bardak je naik skuter lalu depan van kami, dengan hanya pakai fabret beach clothes diorang... haishh.. rimas n mencocok2 mata betul lah...

langkawi
Underwater nie, bangunan dia duduk berjiran sebelah-menyebelah dengan shopping complex. Memandangkan kami sampai agak awal n kaunter tiket belum bukak, semua pakat ronda2 kejap kat dalam shopping complex tu (ekceli dalam complex tu pun xader apa sangat, masih pagi, banyak belum menjalankan biznes lagi). Dalam pukul 9.30 am, bila kaunter tiket start beroperasi, ramai mula beratur untuk beli tiket masuk. Untuk harga tiket, dewasa kena RM 28, kanak2 RM 18. Fees dia agak mahal.. huhuhu. tapiii... yeps, ada tapi nya. well, nak taw jawapan kepada tapi nya tu... jom la kita masuk dalam ruang bangunan underwater nie dulu <--- juz to bagi suspen sikit... hikhik .. (^o~)v
macam aquaria kat klcc, kat cnie pown ada terowong glass, agak huge jugak. so, boleh jeling2 main mata dengan hidupan marine seperti ikan pari besar, kerapu, shark n bla3x.. ada juga section untuk ikan air tawar, 3d theatre show... tapiii..yang paling3x tak bleh blah dengan underwater langkawi nie ialah dia ada satu ruang khas yang dinamakan penguins section. bahagian ni klana paling lama sekali dok melekat, hingga terpisah dari group member lain. klana penah jumpa pingu2 cute nie kat zoo negara,



Sebelum singgah makan di Pantai Chenang, kami sempat terjah ke Laman Padi yang terletak sekitar situ jugak. Itu pon secara tak sengaja kami singgah sebab tetiba ternampak signboard!

Dah tutup jugak tempat ini masa kami sampai. Tapi pintu pagarnya masih terbuka, boleh lah kami masuk ke dalam.

Waktu urusan nya adalah dari jam 10 pagi - 6 ptg. Dan caj masuk adalah PERCUMA.
Masa kami sampai sorang petugas pon tak ada. Pelawat adalah 2,3 orang dok meninjau kat dalam tu. 

Laman Padi ni tak besar mana pon. Terdapat ruang muzeum untuk pameran dan ruang terbuka untuk amali. Dah tentu kami tak boleh masuk ke ruang muzeumnya yang dah bertutup tapi masih berpeluang ke ruang terbuka tempat penanaman padi nya.

Dan ini merupakan pengalaman pertama  untuk melihat pokok padi dan orang2 lebih dekat. Merasa membelai butir2 padi, menghirup udara semilir angin berbau lumpur sawah dan mencuit bergurau dengan orang2. Padinya tengah menguning, cantik.

Ada rooftop gak boleh tengok keseluruhan sawah padi. Lokasinya memang betul2 tepi jalan utama Pantai Chenang. Kat hujung gambar yang nampak pokok kelapa tu lah jalan utamanya.
Antara tempat wajib dan trade mark untuk Langkawi. Juga sebagai bukti bahawa memang dah sampai ke Langkawi.
Dah puas berjalan di Taman Lagenda, barulah ternampak yang Dataran Lang or Eagle Square tu memang betul-betul dekat tepi terminal feri. Padahal dah parking elok dekat areaTaman Lagenda, drive jugak ke Dataran Lang coz ingatkan jauh. Rupanya boleh jalan kaki.
Parking lot di Dataran Lang adalah berbayar. Kena display kupon. Disebabkan kami tiada kupon, jadinya kami cepat-cepat turun dan tangkap gambar. On the way menuju ke kereta, singgah membeli ice cream. Seriously sangat panas.






















Tuesday, May 21, 2013

LANGKAWI PART 2

hey dolls

\
setelah selesai berjalan2 di tempat cable car tu, kat bawah tu ada tempat rabbit, tempat jual souvenier, so korang boleh la nak snappy kat situ. 


after that kitaorg decide nak pegi telaga tujuh tapi sebab kena menapak, jadi mmg tak la nak berjalan ke atas sana.. setakat lalu and ambik gambar je lah...dari luar....untuk pengetahuan korang, tempat dia memang dekat2 so takde masalah pun.... 

so kita decide nak turun bawah nak snappy dekat tempat yatch tu before pegi tengok beras terbakar....banyak giler yatch dia... seronok je tengok.... time tu dah start ujan rintik2 dah..... so kitaorg teruskan perjalan kat beras terbakar...

memang nice tapi sayang mcm tertutup tak macam arwah nenek pegi dulu yang dia blh pegang and cari sendiri beras terbakar tu... lepas tu ape lagi shopping la since kat situ ada jual macm2... 

balik tu kitaorg singgah pekan kuah, tengok coklat....

ok la bye


















Friday, May 17, 2013

Langkawi - part 1

hey dolls

nie vacation tahun lepas.. 22-27 aug 2012.. with ma familia... tapi baba tak nak ikut.... lepas raya tak silap time nie.... mama teringin sangat nak pegi langkawi sebab dia tak pernah pegi.... so masa tiket murah aritu book la....

flight kitaorg dari KL petang so sampai langkawi pun dah malam.... check in hotel and cari kete utk di sewa untuk berjalan2 esk hari nya.....

first day tu dah plan nak pegi oriental village.... nak naik cable car.. nie semua drive sendiri......rotate ye sebab semua ada lesen driving....  ok lah malas nak menaip hari nie so sambung nanti2 la k...

bye