Walk to Remember

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers




Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Showing posts with label wedding preparation. Show all posts
Showing posts with label wedding preparation. Show all posts

Sunday, May 12, 2013

WEDDING RUBBER STAMP DIY


hey dolls

nie contoh rubber stamp yang i design for my wedding.  For the rubber stamp, i  dah design before kitorang nak pergi tempah dekat kedai buku gombak tu je.

bagi je format jpg kat kedai ambik masa 3 hari nak siap......
Oh, ramai yang tanya kenapa aku buat rubber stamp. saje..... sebab semuaorg pun buat... hahahahaha boleh tak????
rubber stamp ni still boleh pakai lepas kahwin nanti untuk kad raya ke apa. So, takdelah membazir kan. konon macam hantar kad raya... padahal nan hado... puiiii....

Hehehe...i am a Quantity Surveyor. =P



Saturday, May 11, 2013

GUEST BOOK DIY


hi dolls
Atas permintaan ramai untuk template postcard untuk guest note tu.
Kununnya tetamu wish atas postcard & masuk dalam peti surat.


Sorry ye i dah takde template tu sebab letak dalam computer opis..
Tapi i boleh buat tutorial secara ringkas untuk bagi idea.
Nanti korang edit la size ke gambar ke ikut suka.

Apa yang korang perlu ada?
1) Paint - Semua computer ada kot
2) Photoscape - Download free & cepat
3) Internet - Confirm ada kalau korang tengah baca blog kina.
Hahaha.

Senang je sebenarnya, sebab main edit-edit je.
Tapi korang mesti simpan semua dalam 1 folder kat desktop.
Supaya korang tak serabut kepala bila nak masukkan photo.

Kita layan ikut gambar senang sikit faham kot.
Klik kat gambar untuk lebih jelas ok, maklum la blog size kecik.


1) Buat 1 canvas kosong dari Paint, just tarik bucu bagi besar sikit.
Actually kalau buat border pakai paint terus pun boleh.


2) Save as jadi gambar letak dalam 1 folder kat desktop utk mudah cari nanti. 
Save la gambar tu atas nama 'postcard'


3) Open photoscape, klik la Editor macam yang dibulatkan merah di atas.


4) Belah kiri akan ada senarai folder. Cari 'postcard' dari folder template.
Boleh terus edit, klik la box kat bawah tu buat la border hitam.
Boleh ikut thickness border tu berapa, macam kina thickness 6.


5) Click Huruf T untuk masukkan tulisan ke dalam postcard.
''To: ????''
Boleh edit font, sizem italic semua kat box tu.


6) Buat box untuk poskod konon-kononnya. 
Dulu kina buat box kecik2 untuk letak date wedding.
Trick untuk buat bar code tu plak. Buat Line dengan klik /.
Line color hitam, thickness tebal. Untuk buat line putih bar code.
Korang tukar je warna & thickness kecik lukis la atas line hitam tu.
Jadi la bar code! Simple je.


7) Nak masukkan stamp ke dalam postcard tadi. 
Ni cara singkat la. Lagi baik kalau korang buat sendiri.
Korang save dari google images letak dalam folder
template tadi gak. 


8) Klik dekat photo, cari gambar setem yang korang dah edit.
Kalau nak ajar cara edit setem panjang jadinya tutorial ni.
Jadi, edit dulu setem baru masukkan ke dalam postcard ok.
InsyaAllah, korang mesti dah tau cara based on tutorial ni.


Maka..Hasilnya jadi la macam ni..hihi..
Korang paste je dalam word pastu print je..
Dulu kina print 6 keping dalam 1 page A4.


Mudah kan?
Selamat mencobaaaa!
Korang buat mesti lagi cun punya.
Happy weekend everyone!





Friday, May 10, 2013

BUTTON BADGE D.I.Y

Hey dolls

button badge nie design sendiri. sebab malas nak tempah, kalo tempah kena tempah banyak.. ni pun berlebih2....

so i bagi cara2 nak buat sendiri ye...

Rata2 harga button badge, ada yang sampai RM4 per different design

So, apa kata. Kita design sendiri button badge kita
Design yg lain2 pon boleh,  macam ni.


atau design yang sama je semua macam ni



Sesiapa yang rajin nanti boleh la try design button badge anda
sendiri dengan menggunakan 
Adobe Photoshop
Kat sini, i ada share template
U'ols boleh download,
open kat Adobe photoshop.
Dan boleh terus start design


Saiz kat button badge, cik bie bagi yang standard saiz
58 mm ( 2.25 inch )
terpulang pada kretiviti anda untuk mendesign
button badge anda sendiri. Lepas tu,
boleh la pergi hantar print dan jadikan badge
maka, lihat sendiri hasilnya.



u'ols akan dapat template macam ni nanti 







Ok! Lepas tu ah boleh print. Lihat Outcome dibawah
.
Tarra.!



Button badge diatas dibuat secara manual, menggunakan tangan
untuk mengelepetkannya,
(kelepet? hmm.. apa bahasa sesuai nak guna untuk memaksudkan lipat ke belakang ni?
Hahaha.. layankan jelah ye.. hahaha..
aktiviti kelepet ini, tidak menggunakan bantuan
mesin sama sekali.


Nota KakiTangan :
Tengah fikir... nak DIY Sendiri ke button badge ni guna tangan?
Gigihnya.. ada masa ke nak kelepet benda ni banyak2?
Haih.. Bergantung pada keadaan kot.!
Tunggu dan lihat je ye..
Sesiapa yang gigih. Sila lah DIY benda ni sendiri
sangat menjimatkan.


Pakai kertas A4 biasa je. 
Print - gunting, kelepet ke dalam badge
yang dah semulajadi ada ni. 
Tutup dengan penutup pin bahagian belakang dia tu
nak bagi kuat, letak je gam tembak or gam UHU.
Hah! Siap dah..
Selamat mencuba resepi saya ni.
hehe.. love u'ols.
muah!





Thursday, May 9, 2013

Banner for wedding

hi dolls

nie banner dia, nama kedai dia KEE WENG kat jalan pasar, masa i tempah kad kawin i tempah sekali banner. 2 banner kat bawah nie baru 80.00 ....

murah kan???  i just bagi gmbar and bagi tau design macam ne i nak... dia buat and hantar kat i untuk di approve kan... terasa mcm boss plak... hahahhaaha






Sample kad kahwin & Penanda Arah

hi dolls

ni contoh kad kawin kitaorg, mula2 dah pegi expo pengantin and dah choose kononnya nak buat ala2 cheque book siap bayar deposit lagi. tapi biase la bile budget dah lari, terpaksa guna alternatif lain....  so design sendiri and hantar pegi printing.... murah je satu card baru 50 sen siap color and total 900 quantity.  so ok la puas hati simple je... sebab org bukan simpan pun... last2 diaorg buang jugak kan? so nak buat ape mahal2...


ni bahagian luar dia......



nie bahagian dalam dia
untuk penanda arah, i guna design yang sama, print and laminate kat opis je... FOC..



kita org pegi print dekat jalan pasar, banyak kedai printing kat situ,  so pandai2 la survey and decide... 

kitaorg siap tempah banner lagi kat situ 2.. tu nanti i cite..




Wednesday, May 8, 2013

sample emcee script for wedding reception


hi dolls

nie plak sample of emcee punye skrip, feel free to copy and paste.... :P



TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PERKAHWINAN KALINA & BUDIE
DI DEWAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI,
TAMAN MELATI, SETAPAK
13 JANUARI 2013

(PANTUN)
Sirih junjung berhias indah,
Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkuunnjg ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.


(KOMPANG DIMAINKAN) – 8 Minit


Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke dalam dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari;
SITI NORKALINA SAMAD & HASBULLAH JAMALUDIN.

(SELAWAT – UST                                                       ) – 3 Minit

(Pengantin akan berjalan menuju ke pelamin)

(PANTUN)
Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis


BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.

(PANTUN)
Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli



Di malam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai


Yang dihormati EN. SAMAD KARTO &  PUAN ZAINON HUSSIN selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai;  KALINA & BUDI, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

Saya, SYAFIQ SAMAD, pengerusi majlis pada hari yang berbahagia ini, mengucapkan Selamat datang ke :
Majlis Perkahwinan KALINA & BUDI.

(PANTUN)
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara


Burung Nuri hinggap di balai
Balai seri buatan Pak Tua (nada rendah ke tinggi)
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh HAJI ABDUL RAHMAN HUSIN bapa saudara kepada pengantin perempuan.

Dipersilakan.

(BACAAN DOA – 5MINIT)

Terima kasih diucapkan kepada PAK LONG di atas bacaan doa sebentar tadi.

(PANTUN)
Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu


Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati
Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis  merenjis air mawar.

(musik DIMAINKAN)

Dengan itu, saya menjemput :
(Nama dan gelaran dalam keluarga)

Yang pertama –

Seterusnya –

3 –

4 –

5 –

6 –

7 –

8 –

9 –

10 –

Demikianlah tadi, acara  merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di singgahsana.

(PANTUN)
Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab


Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan.

(PENGANTIN BERJALAN DARI PELAMIN KE MEJA)
PENGANTIN DUDUK





(PANTUN)
Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan


Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.

SELANG MASA 10 minutes
(Pengantin tukar baju)

Bagi mengisi ruang dan waktu ketika ini, marilah kita sama – sama menonton persembahan layar yang telah disediakan.

SLIDESHOW DITAYANGKAN
10 MINIT
SLIDESHOW TAMAT


Demikianlah tadi, persembahan layar yang memuatkan gambar – gambar pasangan mempelai yang kita raikan ini dari zaman kanak – kanak sehinggalah mereka dewasa dan seterusnya menjadi suami dan isteri.

(PANTUN)
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara


Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan pengantin perempuan  dengan diiringi oleh pengantin lelaki,  untuk ke pentas bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

PENGANTIN BERUCAP
5MINIT


Terima kasih diucapkan kepada kedua2 pengantin , di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Untuk ke acara seterusnya, Majlis dengan ini menjemput kedua – dua mempelai untuk acara memotong kek. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

PENGANTIN MEMOTONG KEK
(15MINIT)


Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.


(PANTUN)
Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati


(PANTUN)
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi


Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

(PANTUN)
Tanam laguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati

(PANTUN)

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat


(PANTUN)
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali


Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.



Sample atucara majlis perkahwinan


Hey dolls

ok since tak de idea  nak update, and i want to keep my memory of my wedding, so i letak kat sini my "aturcara" untuk panduan semua.... (cewah, macam ada je org nak buat panduan kan?)


Aturcara majlis perkahwinan Kalina & Budie (13.01.13)


MASA
AKTIVITI
TEMPAT
TINDAKAN
10.00 am-10.30 am
Berkumpul
Main hall @ Dewan Salahuddin, Taman Melati

Semua yang bertugas :-
  • Atiqah & Najah (guest book)
  • Aina & kwn dayana (candy buffet)
  • tba (sound system)
  • Syafiq – emcee
  • 2 org kawan syafiq
  • Amirul – photographer
  • Kwn kamarul – official photographer
11-12 pm
Pengantin bersiap @ dewan

Dewan Salahuddin, Taman Melati
Need to standby at the house
Make up artis – uncle bany
Photographer – Kamarul (0716=)
Pengapit – edy & fana (0173)

11.00 am
Registration kaunter siap untuk menyambut tetamu


Semua hall decoration sudah siap



Makanan from caterer sudah sampai










Depan pintu masuk dewan
Busu (012312=)
Senarai tugas ada bersama busu untuk siapa jaga kaunter dan Usher for VIPs

Busu (decorator) 012=

Seri saji caterer 012 - 295 5760 / 012 - 273 5381 / 019 - 321 7936 / 03 - 4107 9602


Mama (01=7)
 To inspect food quality, quantity and presentation.
Mama to inspect enough people to man the VIP tables and serving tables.


11.30am
Projector, mic & sound system set up

Dalam dewan
Minta contact Encik  ?? for microphone, testing sound system etc

Syafiq (0176382145) – emcee
tba – pic for sound & projector




12.30 pm
1. Tetamu datang – minta register di kaunter untuk catat kehadiran, beri door gift dan terima hadiah dari tetamu (barang berharga/duit – beri kpd mama)

2. Song will be played based on the list.

3. slideshow will be showing picture of nikah & pre wedding




Depan pintu masuk dewan








Dalam Dewan (sound system)
(projector)






Busu (0123)
Mama (012)
Baba (0193)







TBA - need to be alerts when to stop the music due to AZAN & when pengantin are coming to play kompang music

1.30 pm
Bunyi Kompang will be play
Flower girl will walk first

Pengantin & family side lelaki akan berjalan  untuk masuk dewan

Selawat  until pengantin sampai ke stage

Dewan legar
tba:
Need to play music kompang when pengantin arrived and walk into the hall

syafiq to greet guests and announce ketibaan pengantin, diapit oleh flower girls, keluarga pengantin lelaki.

Selawat bersama ustaz .....

                   


1.45 pm
On stage:
Pengantin seated, pengapit stand next to pengantin.
Bacaan doa by Imam raja

Merenjis session




Selesai merenjis Pengantin bergerak ke meja makan, pengapit follow from behind, then go to VIP table to continue eating


Bacaan doa by Imam Raja





MC buat announcement to inform merenjis session



Cake ready in middle of stage when pengantin makan- attention to busu to remind caterer


Get ready for slide show

2.10 pm
Photographer to motion all on family members on long table to smile for photos


Slideshow need to be ready. It will start playing once pengantin tukar baju.



Once the slide show finished continue with the music play list.

On Stage


MC to announce potong kek session followed by bersalam with pengantin at the exit door



Slide show to be play during pengantin tukar baju

2.40 pm
Pengantin will be on stage to say thank you to all the family members.



Pengantin bergerak ke stage untuk potong kek

Music mengiringi pengantin naik stage

Potong kek


Pengantin akan buat ucapan thank you around 10 minutes





Photographer ready near stage
Play CD 1 song while potong kek
3.20pm
Pengantin turun stage, follow red carper to exit door, bersalam with guests for 15-20 minutes


 play CD background music
4 pm
Sesi bergambar
  1. keluarga pengantin lelaki
  2. keluarga pengantin perempuan
  3. friends


4.30 pm
bersurai







Wednesday, April 3, 2013

Stiker wedding

Hi dolls

haah ambik kow, dah preggy 4 months baru nak update hal wedding nie... hehehehe. tak pe la... janji update kan.

Nie adalah hasil stiker yg telah i design... Wah feeling artistic sangat... Murah je stiker nie.... Rm200 untuk 500 keping sticker... Nie pun dia ada bg lebih.... Heheheheh... Me dapat idea design the stcker... Tapi design dlm paint je.. Budak tecik yg bagi idea untuk color..... Maka terhasil la... nie i dapat offer masa ppegi pameran pengantin ....

Sebelum finalize mintak pendapat, sha, mel n ika.... And semua agree design tu.....

Tapi sticker nie tak semua org dpt... First come first serve basis yek.... Huhuhu cewah...