Walk to Remember

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers




Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Showing posts with label GDM. Show all posts
Showing posts with label GDM. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Cadangan Menu Untuk Ibu Yang Ada Kencing Manis


Assalamualaikum,

Hari ni aku kena buat BSP kali pertama. Dah amik 2 bacaan, tinggal 2 lagi. Pukul 5.30 petang & 9.30 malam nanti. Kali ni aku tak nak pikir sangat. Apa-apa pun resultnya, aku terima dengan hati yang terbuka. Cewaahh cakap senangla kan. Masa nak tunggu glucometer tu tunjuk result, berdebar jugak jantung aku ehehehehe... Alhamdulillah, setakat ni result sangat ok.. Tunggu dah dapat semua result baru aku share ya?

Anyway, bersempena dengan aku buat BSP harini, aku nak share cadangan menu yang Pegawai Diet Makanan bagi masa aku jumpa dia 2 minggu yang lepas. Mommies yang ada GDM bolehla follow menu ni :)

Memula Pegawai Diet tu bagi list Indeks Glisemik (GI). Apa benda indeks glisemik ni? Aku copy paste dari wikipedia jela ape maksudnya. Tak reti nak translate and explain hihih

The glycemic indexglycaemic index, or GI is a measure of the effects of carbohydrates on blood sugar levels. Carbohydrates that break down quickly during digestion and release glucose rapidly into the bloodstream have a high GI;carbohydrates that break down more slowly, releasing glucose more gradually into the bloodstream, have a low GI.

Basically, makanan yang tergolong dalam GI rendah tu yang elok untuk dimakan. Yang GI tinggi boleh makan jugak, tapi tak boleh makan banyak sangat...

Contoh makanan yang tinggi GI (elak daripada makan banyak atau jangan makan langsung!)
- Roti putih
- Emping jagung
- Ubi kentang
- Ubi kayu
- Roti mil penuh
- Nasi putih
- Bertih jagung
- Labu
- Lobak merah
- Kurma
- Tembikai
- Pisang
- Glukosa
- Maltosa
- Teh tarik

Contoh makanan yang sederhana GI (boleh makan sikit-sikit)
- Beras basmathi
- Pita
- Tosei
- Jagung
- Ubi keledek
- Idli
- Capati
- Nenas
- Betik
- Kiwi
- Ais Krim
- Sukrosa
- Madu

Contoh makanan rendah GI (makanla banyak-banyak!)
- Beras perang
- Oatmeal
- Ubi keladi
- Spaghetti
- Macaroni
- Laddu
- Sushi
- Sayuran hijau
- Oren
- Pear
- Mangga
- Epal
- Prunes
- Kacang kuda
- Kacang panggang
- Kacang soya
- Kacang hitam
- Kacang hijau
- Lentil
- Kidney beans
- Yoghurt
- Susu
- Laktosa
- Fruktosa
- Jus oren

Cadangan menu harian untuk ibu yang ada GDM:

Sarapan

1 gelas susu rendah lemak + 1 cawan oats

atau

1 cawan mee/kuew teow/mihun sup + 1 gelas susu rendah lemak + setengah biji epal

atau

1 keping capati + 2 sudu makan kuah dhal + 1 gelas susu rendah lemak + setengah biji mangga

Minum pagi

1 keping roti mil penuh bakar + 1 sudu teh marjerin + 1 kotak mancis daging cincang berempah + 1 cawan teh

atau

1 ketul pau ayam + 1 cawan milo O

atau 

2 biji karipap kecil berinti daging + 1 cawan teh O

Makan tengahari

1 cawan nasi putih + 1 cawan bayam tumis air + 1 ekor ikan selar masak asam pedas + setengah biji jambu batu + air kosong

atau

1 cawan nasi ayam + 1 peha ayam panggang + 1 mangkuk sup + 3 keping tomato segar + 1 helai daun salad + 1 biji oren + air kosong

atau

1 setengah cawan spaghetti + 1 senduk sos ayam + 1 mangkuk salad + 1 biji oren + air kosong

Minum petang

3 keping biskut krim kraker + 3/4 cawan yogurt rendah lemak + 1 potong betik

atau

1 biji karipap + 1 gelas susu rendah lemak + setengah biji epal

atau

2 biji popia basah kecil + 1 gelas susu rendah lemak + 1 biji oren

Makan malam

1 cawan nasi putih + 2 ketul daging masak kicap + 1 senduk kangkung tumis air + 1 potong betik + air kosong

atau

1 cawan nasi goreng + 1 ketul peha ayam + 1 senduk kobis goreng + 1 potong tembikai susu + air kosong

atau 

1 mangkuk kuew teow tomyam + 2 ketul daging + 1 potong tembikai susu + air kosong

Minum malam

3 keping biskut marie + 1 gelas susu rendah lemak

atau

1 keping roti putih + 1 keping keju rendah lemak

atau

1 biji muffin coklat + 1 gelas susu rendah lemak


Formula makan untuk orang ada kencing manis ni ialah, kuantiti makanan sikit tapi kerap makan.. Heh betul ke ayat aku.. Makan sikit tapi kerap, haa tu baru betul ehehe.. Macam cadangan menu kat atas ni, untuk 6 kali makan.. Janganla 6 kali makan tapi tiap kali tu makan nasikkk jek. Bukan je gula yang naik, berat pun naik jugak...

Aku takdela follow menu ni 100%. Aku adjust jugak. Nasik aku still makan cuma dalam kuantiti sikit dan tak bertambah. Kalau dulu, 2 pinggan sekali makan. Tapi sekarang taklehla buat macam tu huhuh.. Kalo masak pun aku tak bubuh gula.. Kicap pun letak sikit-sikit je..

Makanan manis-manis macam kek, gula-gula, coklat sume dah lama aku tinggalkan. Teringin jugak nak makan tapi tahan jela huhu... Minuman manis-manis pun sama. Kat luar je selalu order jus oren & limau ais/suam. Kat rumah memang minum air kosong je. Susu ngandung dah lama tak minum sebab aku suspect susu tu banyak gula dan sebab tula aku senang dapat GDM ni.. Tu yang aku rasa la. Lain orang, lain tolerantnye kan. Maybe badan aku ni takleh.. So sekarang aku minum susu Dutch Lady yang low fat tu... Milo pun memang tak minum. Nasib baik bukan favourite aku. Dietitian tu cakap, minuman 3 in 1 tu pun banyak gula gak tu. So stopla minum ek.... 

Mommies yang ada GDM, sama-samala kita jaga makan. Jom makan makanan yang GI nya sederhana dan rendah :)



Sunday, July 28, 2013

The Bad News Is - I Have GDM

GDM - Gestational Diabetes melitus

Assalamualaikum,

Huwaaa sedihnye aku nak bercerita kisah bad news ni.. But I'm taking it easily. Tak update blog sebab awal-awal tu memang emosi sedikit terganggu. Now dah okay. 

Khamis lepas aku ada appointment dengan nurse untuk minum air gula, sebab masa check up 31 weeks tu baby aku nampak besar.... tu doktor suspect ada diabetes  bile dia tanya aku " family aku ada keturunan kencing manis tak?" dengan penuh confident aku cakap takde.. padahal belah baba memang ada... aku je tak tau. so Khamis lepas juga aku kena minum air gula untuk kali pertama. kali nie budak tecik tak teman kan sebab kesian dia asyik cuti je... my sis yg temankan

Kali pertama (32w) minum air gula, result aku seperti berikut:

Darah pertama (selepas puasa) - 4.1
Darah kedua (2 jam selepas minum air gula) - 9.1




Aduiyaiiii... Bila tengok pada jadual kat atas, sah-sah aku ni ada tolerans glukosa yang terganggu wuwu.. Kiranya peringkat awal diabetes la.. Kalo aku tak jaga-jaga memang aku saje cari nahas la tu kannn...

Doktor pun geleng kepala bila tengok result aku... Dia dok tanya, "awak minum air manis banyak sangat ke? Ada makan buah banyak sangat ke?" aku nie bukan la pengemar air manis pun tapi sejak kahwin memang suke minum air manis sebabnya budak tecik kan org pantai timur. so tau je tahap kemanisan yg diaorg suke mcm ne...

Dah kempunan nak makan eskrem bila result marvelicious macam ni. Menci tauu....

Disebabkan result yang sangat cemerlang ini, aku kena la buat BSP - Blood Sugar Profile..

Yang aku tahu BSP ni kena amik darah hari-hari kan? Tapi aku kena buat BSP on 27 July ni. 

Malam sebelumnya kena puasa..
8 pagi amik darah pertama + jumpa pakar pemakanan..
11.30 pagi darah kedua
5.30 petang darah ketiga
9.30 malam darah keempat..

Setiap kali lepas amik darah tu kena cepat-cepat makan. Pastu in between bleh minum air masak je.. Kalau lambat makan takut nanti time amik darah, gula naik. Nurse pesan makan nasik sikit, lauk macam ikan atau ayam goreng sahaja pastu banyakkan sayur. Buah pun kalau bleh jangan makan banyak sangat.. Seminggu sbelum buat BSP ni pun memang kena kurangkan dah...

Sedihnye la aih bila dapat tau aku ada kencing manis ni. Bagitau mak aku lagila dia terkejut. Tapi dia sedapkan hati aku.  Tapi kena ingat-ingat dahla pasni. 

Hubby pun bebel tak payah cakapla.. Berbakul-bakul kena bebel.. Dia geram sebab aku tak suka minum air masak. 

Harap-harapnya masa buat BSP nanti result aku ok lah.. Tak maula sampai ke tahap kena cucuk insulin. Ya Allah, mintak jauh sangat!

Doakan aku!