Walk to Remember

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers




Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Showing posts with label ; puasa; iftar. Show all posts
Showing posts with label ; puasa; iftar. Show all posts

Tuesday, August 6, 2013

iftar at Tanjung BBQ & seafood

hey dolls

rasanya tak lengkap kalo tak berbuka puasa dengan besties aku nie.... mak buyung yg tak puasa tetap semangat nak buke puasa bersama2.... mula2 plan nak berbuka di nandos, pastu tukar le chetau de puah tapi dah tutup plak and then mengagau cari tempat hari sabtu tu.... 

sara and zura la g cari tempat sebab teringin nak makan steamboat n grill.... sampai ke ampang waterfront carinya..... hahahaha bagus betul...nasib baik ada tempat lagi sebab most of the place dah fully booked kan...

kitaorg makan kat tanjung BBQ and seafood, murah jugak la RM59.00 for 2 pax excluded air.. memang sedap.... and berbaloi2 la.. we did have fun and perut masing2 tak yah cakap la... huh! kenyang like a boss ok..

lepas makan tu kitarog pegi ke the store sale kat ampang . saje je jalan2 tengok2 tempat tu.....




Monday, August 5, 2013

iftar with inlaws

hey dolls

nie la dia kalo tertangguh update blog semua cite jadi lupe.... ok nie plak kitaorg iftar dengan Jamal & family.. Jamal nie bro in law aku la.. aka abg dak tecik.... dia nak singgah giant kat umah aku nak beli baju raya...

so kitaorg plan berbuka kat kg baru.... yg tomei2 tu anak dia la ameena.... diam je tak de banyak kerenah pun... senang nak jaga....

weekend tu plak kitaorg g umah abg long budak tecik nak berbuka ramai2 denga  adik beradik dia... so menu hari tu adalah nasi ayam... oleh chef jamal.... sedap jugak la.. maklumla makan beramai2 kan...



iftar at Nandos @ sri gombak

hi dolls

dari mula puasa budak tecik dah ckp kalo dia dapat gaji nanti dia nak belanja me buka puasa luar... sebab selalunya kitaorg masak... so masa dia masuk gaji ari tu dia teringin nak try nandos yang baru bukak kat umah kitaorg..... so dia dah book tempat semua. 


bile kitaorg datang kul 7 tu, blh plak kat table kitaorg tu ada bangsa lain tengah makan sorang... tak kisah la kow tengah makan... pastu dia makan sambil ckp telefon..terhegeh-hegeh.. helow aku ni puasa kowt...reti tak hormat kitaorg yg nak berbuka nie.... bile budak tecik ckp dengan kakitangan nandos... diaorg jawab diaorg dah ckp kat bangsa tu nak makan sini boleh tp kul 7 kena stop sebab dah ada org reserve table.... dia buat bodoh ek... 

budak tecik dah naik angin dah... last2 management bagi tumpang meja satu couple yg betul2 sebelah our table.... budak kecik pandang dia mcm nak makan dah.... lagi 5 minit sebelum buka baru dia bangun n bayar....

sebab tu kitaorg punye makanan sampai lambat skit..... tapi tak pe rezeki menunggu semua side dish double and FOC.... muahahaha tapi lagi syok kalo ayam pun double... wah dah bagi betis nak peha plak.. huh!

budak tecik mcm biase setengah ayam dia punye sorang.. me tak abis la kan... of course tapau together with side dish... 

hehehehe ok la bye


Saturday, July 27, 2013

tomyam seafood & cendawan goreng

Hey dolls


Semalam kitaorg pegi shopping barang dapur lepas balik keje. so bile shopping mane nak ingat dunia kan? Dah sampai kat umah dekat pukul 630.. masa tu la beria2 rushing nak masak… then kitaorg decide buat cendawan goreng and tomyam seafood….  Benda senang je pun… after kemas2 barang dapur me tolong siap sedia kan bahan semua sebab budak tecik sibuk siang udang…. Makluman untuk semua.. ape2 yg berkaitan dengan siang ikan, ayam or ape2 je tu ada la keje budak kecik…….

hari nie takde nak update resipi ye... maklum la mak buyung nie puasa tak larat nak update sangat...





Thursday, July 25, 2013

Berbuka dia rumah kamarul


hey dolls


hari ahad hari tu,kitaorg berbuka dekat rumah my officemate. My office mate nie lelaki, tapi dia closed to my husband…. So kitaorg datang bawak meehoon goreng je… hahahaha muke tak malu… semua nak free kan? Yang lain akak kepada office mate ni yang masak…. Lama jugak lepak rumah dia sampai kul 10.. tu pun kena ajak balik ye kalo tak my husband sibuk sembang…. Huh.. ok la tu je cite pada hari nie….bye


Wednesday, July 24, 2013

Berbuka di Old Town White Coffee


hey dolls

hari jumaat ari tu, i ajak my sis teman g damai services hospital nak minum air gula.... dah 8 bulan baru nak buat ye... huh!!!  Ni sebab last week masa pegi medical checkup, doctor ckp my baby besar. It supposed to weight 1.7 kg tapi baby I dah 2.1kg… hurmm dia takut la kena ceaser nanti… pastu dia ckp perut u nampak kecik, tapi air banyak ketuban u banyak… hahahaha tu la setelah di google, rupenya tak elok makan roti sgt, better nasi dari roti… and no ice….

So pagi2 kul 9.00 my sis datang ambik kat umah, budak kecik kena keje. so dia la teman… sampai je… ambik darah, ambik air kencing and then minum air gula 300ml.. memang menahan je nak muntah nasib sejuk air tu….. hahaha pastu nurse tu kata kena datang after 2 hours.. ye pukul 1150 aku datang balik untuk ambik darah and air kencing…. Hurmmm resultnya keluar minggu depan ye… then lepak kat umah mama.

Mama cakap malam nie masjid dapat invitation buka puasa dekat old town white, so my mum and dad dapat jemputan sebab diaorg AJK masjid… so secara automatic kitaorg pun dapat la pegi sekali…makan free kan.. rezeki anak.. tak payah masak dah….. makanan diaorg serve not bad siap ada dessert lagi…  then diaorg bagi cenderahati bagi white coffee and voucher….


Hehehe thank you old town white coffee!!


Tuesday, July 23, 2013

sambal sardin


hi dolls

disebabkan kemalasan yang melanda, so kitaorg pun nak masak yang simple2 aje... so decide nak masak sambal sardin and ayam goreng je..... pastu singgah g bazaar ramadhan beli kuih cara sebab teringin..... maklum la mak buyung kan? heheheheheh

so tak yah la bagi resipi sambal sardin.. budak hingusan pun tau buat ye... very basic...
ok lah bye




Monday, July 22, 2013

makanan percuma

Assalamualaikum

wah tetibe bagi salam..... baik jawab kalo tak berdosa ok......ok hari ni hari rehat sedunia sebabnya mama bagi lauk, so tak yah la bersusah payah nak masak... cume potong buah tembikai and buat air....

so petang tu kami hanya menonton tv sambil menunggu waktu berbuka.... miahahahaha... tapi kena masak nasi sebab sahur kan nak  makan jugak... so kitaorg masak nasi goreng je... mama bagi lauk spageti meatballs , sausage rolls, cekodok pisang.. mmg terbaek la..

sekian sahaja menu untuk hari nie... tak de resipi ye sebab bukan kitaorg yang masak... kitaorg makan je keje.... haahhaa



Sunday, July 21, 2013

Ayam goreng kunyit & sambal kerang


Hey dolls

Disebabkan kemalasan nak masak so kitaorg decide untuk buat sambal kerang dan ayam goreng kunyit je.. simple sebabnya dua2 malas nak masak dengan perut I yg dalam keadaan tak berape nak sihat nie..

Ayam goreng kunyit
Bahan-Bahan:-
5 keping dada ayam dipotong2 kecil.
3 urat kacang panjang di potong ikut suka.
2 batang baby corn.
1 biji bawang besar dihiris melintang.
3 ulas bawang putih di titik.
1 biji telur kuning.
1 sudu makan tepung gandum.
1 1/2 sudu makan sos tiram.
Minyak untuk menggoreng.
1/2 sudu kecil garam, perasa & gula.

CAra-cara

Masukkan isi ayam yg telah dipotong kedalam bekas, bubuh sedikit garam, serbuk kunyit, kuning telur dan juga tepung gandum tadi. kemudian digaul sehingga rata.
Bubuh minyak banyak sikit ke dalam kuali dan tunggu sehingga minyak panas. Kemudian masukkan isi ayam yg telah diperap tadi ke dalam kuali dan mula menggoreng sehingga kekuningan. Jangan terlalu garing.
Tos kan ayam yang telah di goreng tadi dan keluarkan minyak dari kuali. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali untuk sesi menumis pula.
Untuk bahan menumis pula, masukkan bawang putih, bawang besar, cili hijau dan merah, kacang panjang dan juga baby corn. Tumis sehingga naik bau, kemudian masukkan pula sedikit garam, perasa, gula dan juga sos tiram.
Masukkan ayam yg telah digoreng tadi ke dalam bahan yg telah ditumis dan di gaul rata.

Siap! Sedia untuk dihidangkan :))

Sambal kerang
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
1 mangkuk kerang yang telah direbus dan buang kulitnya
1/2 biji bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
sedikit belacan
sedikit air asam jawa
3 sudu besar sos tomato
1/2 biji bawang besar dimayang
2 sudu besar cili giling
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
tumis bawang putih dan bawang besar yang dikisar sampai wangi.
masukkan cili giling dan belacan
masukkan air asam jawa, sos tomato, garam dan gula.
masak sampai kuah agak likat dan masukkan kerang serta bawang yang dimayang.
biarkan seketika sampai bawang layu.. boleh lah dimakan bersama nasi 



Thursday, July 18, 2013

MEE GORENG BASAH & CARROT SUSU

hey dolls

budak tecik teringin nak makan mee goreng basah sebab hari tu dia tengok mak dia masak… hahahaha so hari nie dia la masak…..  mee buat ice cream milo…. Hahaha excited sebab baru beli bekas ice cream kat daiso….. pastu budak tecik buat air carrot susu… kitaorg memang serik dah nak beli air kat bazaar sebab ari tu beli satu paket yg tak sampai setengah tu RM4.00 ok!! cekik darah betul…

Bahan-Bahannya ; (MEE GORENG BASAH)
2 paket mee kuning (500gm)
2 senduk nasi lada kering kisar/segenggam jika belum dikisar*
1 biji bawang besar*
3-4 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
*kisar semua bahan bertanda
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
5-6 sudu besar sos cili
kicap secukup rasa dan warna
1 sudu besar serbuk kari
sedikit ayam
sedikit fish ball/ fish cake (OPTIONAL)
satu ikat sawi
sebiji telur
air secukupnya lebih kurang 3-4 cawan( air panas lagi bagus)
garam dan gula ikut citarasa

Caranya:
Tumis bahan kisar dan serbuk kari hingga naik bau atau pecah minyak, masukkan ayam. Tunggu ayam masak kemudian masukkan fish ball dan masukkan kesemua sos dan kicap kacau rata. Masukkan perasa garam dan gula. Kemudian masukkan air dan tunggu mendidih. Time ni bleh la rasa nak masin ke nak manis ke bleh la tambah apa yang patut. Pas tu masuk mee kuning yang telah dibasuh tu, gaul-gaul biar sebati dalam 4-5 minit pastu masuk sayur sawi. Last sekali besarkan api tahap maksimum masuk telur, gaulkan cepat2 tutup api masuk taugeh. Siap..Kalau tak mau basah sangat bleh lama skit tunggu air kering. Sukatan air tu ikut citarasa sendIRI.


RESEPI JUS CARROT SUSU

Bahan-bahan:
4 batang carrot
Gula (anggaran 2 sudu besar)
Susu Pekat Manis (anggaran 6-8 sudu besar) / Fresh Milk
Air masak secukupnya 

Cara-cara
Carrot di cuci dan dipotong kecil. 
Blend carrot dengan air.
Tapis ke dalam jug.
Kemudian blend lagi carrot yang telah di tapis tadi sehingga betul2 menjadi hampas (tiada lagi air carrot) dan tapis.
Masukkan gula dan susu pekat manis secukup rasa bergantung kepada kemanisan masing-masing. Kacau sehingga gula hancur. Tambah air jika terlalu pekat.
Untuk menghidang, masukkan ais ke dalam cawan dan tuangkan jus carrot. Sedia untuk di minum.

NOTE : Dapat menghasilkan lebih kurang 1.5 liter jus carrot tanpa ais.


TIPS: Jangan blend carrot bersama dengan susu atau gula. Rugi lah susu / gula lekat pada hampas carrot kan..blend je dgn air masak dulu lepas tapis baru campurkan susu dan gula...:)

Wednesday, July 17, 2013

Ikan Bakar & NAsi Goreng


hey dolls


nie plak menu simple untuk hari sabtu.. my sis datang umah nak berbuka puasa, so kitaorg masak nasi goreng je. Yg lain my sis beli kat bazaar ramadhan.  Pastu teringin buat ikan bakar. Kita guna Perencah Ikan Bakar Adabi (seperti gambar diatas)...First time nak cuba perencah ni...ala-ala mcm Ikan bakar  Portugis gitu...Perencah Ikan Bakar Adabi ni cukup rasa pedas dan masamnya. Cuma padakena tambah sedikit garam & gula. Anda boleh rasa sikit dulu sebelum dilumurkan pada ikan anda. Boleh diolah sendiri apa yang kurang. Setelah dibersihkan kita sumbatkan sambal kedalam perutnya. Kemudian dibakar.



Tuesday, July 16, 2013

NASI LEMAK AYAM BEREMPAH

hey dolls



macam mana puasa kali nie? Harap sangat puasa bulan ni dapat penuh tapi hari sabtu hari tu dah tak puasa sebab tak sahur, perut plak pedih tak tahan. Cian baby dalam perut tu…. so terpaksa buka puasa pukul 12 tghari…. Next week pun tak blh puasa sebab kena buat test air gula di hospital. Harap2 dua hari nie je la yang tak puasa… baby mummy jangan kuar dulu ye….. kita puasa dulu okay??

So first and second day puasa memang tak daya nak masak… maklum la baru hari yg awal puasa… so masuk 3rd day budak tecik dah malas nak masak… sebab dia tak de idea…. Mula2 ingat nak masak nasi ayam tapi tak tau resipi.. maklum la dulu “rajin” sgt tolong mama kat dapur. Then terpikir nak buat nasi lemak…. Terus balik tu singgah GIANT beli barang yg takde… so plan dia masak nasi lemak ayam berempah….. budak tecik tugas dia buat sambal je and goring ikan bilis….. yg lain keje mummy to be nie…. Kena la tolong menolong sebab sampai umah pun dah lambat.

Alhamdullilah menjadi jugak nasi lemak pertama kali I masak nie….. saje masak lebih hantar kat umah mama… huh laku ok… my lil sis makan bertambah 4 kali, yg lagi sorang 2 kali… my mum cakap sambal dia masam skit.. tu keje budak tecik…. hahahahaha


Nie la resipi dia :-

Bahan-Bahannya (Nasi Lemak)

4 pot beras (dicuci dan ditoskan)
3 pot pati santan
2 pot air
2 helai daun pandan (dicuci dan dikat simpul)
3 ulas bawang kecil (dihiris halus)
2 inci halia (ditumbuk)
Sambal Tumis (Resepi Sambal Sotong)
3 biji telur rebus
1 biji timun (dibuang kulit & dihiris)
Kacang tanah (digoreng)
Ikan bilis (digoreng garing)


Cara Membuatnya :
·         Masukkan santan dan air ke dalam periuk nasi. Tambahkan bawang, halia, garam dan daun pandan. Kacau semua nya hingga sebati. Akhir sekali masukkan beras yang telah dicuci bersih.
·         Kemudian pasangkan suis periuk nasi dan biarkan hingga nasi kering
·         Bile nasi dah masak, gemburkan nasi perlahan-lahan biar nasi terlerai.
·         Dan hidangkan bersama bahan sampingan yang lain.


Bahan-Bahannya (Ayam Goreng Berempah)
1/2 ekor hayam atau pun byk mana la hayam yg korang nak masak..

Bahan di Kisar :
·         2 labu bawang besar
·         5 biji bawang merah
·         4 biji bawang putih
·         6 batang serai
·         5 inci halia
·         5 inci lengkuas

Bahan Perasa :
·         garam
·         serbuk kunyit
·         2 sudu besar serbuk kari daging baba's
·         daun kari (taruk byk mana yg korang nak)

Cara Membuatnya : 
·         Ayam yg telah di bersihkan di lumur dgn garam, serbuk kunyit, serbuk kari daging, daun kari, dan bahan2 kisar.. perap le kejap..
·         Macam aku tak perap lama2 pun.. sbb nak cepat masak kannn.. lepas gaul2 bahan aku terus zasss goreng.. kang kalo perap lama sgt kang kebulur lak nak mkn.. dah le aku ni selalu kelaparan..
·         Pastu gorenglah dlm minyak yg panas.. sape goreng dlm minyak yg suam2 aku tampo kang tgn tu..
·         Goreng je dgn belen2 bahan perapan sbb bahan2 tu yg buat hayam tu lebih sedap sbb dia akan jd kerak2/serbuk2 gituuu... yennadeiii, berapa byk kali sebab daaaa...

Bahan-Bahannya (Sambal sotong)
·         3 ekor sotong kembang
·         5 senduk nasi cili kisar
·         2 biji bawang besar (1 dipotong kasar, 1 untuk dikisar)
·         1/2 inci belacan
·         1/2 cawan air asam jawa
·         Garam dan gula secukup rasa
·         Kacang tanah (ditumbuk kasar)

Cara Membuatnya : 
·         Sotong dipotong kecil, dicuci dan toskan.
·         Kisarkan cili kisar bersama bawang besar dan belacan.
·         Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga garing. Tambahkan garam & gula.
·         Kemudian masukkan sotong. Kacau rata.
·         Biarkan hingga sotong sedikit masak. Masukkan bawang besar yang dipotong kasar. Tambahkan air asam jawa. 
·         Kacau rata dengan api sederhana hingga sambal sedikit pekat. Akhir sekali masukkan kacang yang telah ditumbuk kasar.
·         Rasa dan jika ok boleh dihidangkan.