Walk to Remember

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers



Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers


Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, July 18, 2013

MEE GORENG BASAH & CARROT SUSU

hey dolls

budak tecik teringin nak makan mee goreng basah sebab hari tu dia tengok mak dia masak… hahahaha so hari nie dia la masak…..  mee buat ice cream milo…. Hahaha excited sebab baru beli bekas ice cream kat daiso….. pastu budak tecik buat air carrot susu… kitaorg memang serik dah nak beli air kat bazaar sebab ari tu beli satu paket yg tak sampai setengah tu RM4.00 ok!! cekik darah betul…

Bahan-Bahannya ; (MEE GORENG BASAH)
2 paket mee kuning (500gm)
2 senduk nasi lada kering kisar/segenggam jika belum dikisar*
1 biji bawang besar*
3-4 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
*kisar semua bahan bertanda
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
5-6 sudu besar sos cili
kicap secukup rasa dan warna
1 sudu besar serbuk kari
sedikit ayam
sedikit fish ball/ fish cake (OPTIONAL)
satu ikat sawi
sebiji telur
air secukupnya lebih kurang 3-4 cawan( air panas lagi bagus)
garam dan gula ikut citarasa

Caranya:
Tumis bahan kisar dan serbuk kari hingga naik bau atau pecah minyak, masukkan ayam. Tunggu ayam masak kemudian masukkan fish ball dan masukkan kesemua sos dan kicap kacau rata. Masukkan perasa garam dan gula. Kemudian masukkan air dan tunggu mendidih. Time ni bleh la rasa nak masin ke nak manis ke bleh la tambah apa yang patut. Pas tu masuk mee kuning yang telah dibasuh tu, gaul-gaul biar sebati dalam 4-5 minit pastu masuk sayur sawi. Last sekali besarkan api tahap maksimum masuk telur, gaulkan cepat2 tutup api masuk taugeh. Siap..Kalau tak mau basah sangat bleh lama skit tunggu air kering. Sukatan air tu ikut citarasa sendIRI.


RESEPI JUS CARROT SUSU

Bahan-bahan:
4 batang carrot
Gula (anggaran 2 sudu besar)
Susu Pekat Manis (anggaran 6-8 sudu besar) / Fresh Milk
Air masak secukupnya 

Cara-cara
Carrot di cuci dan dipotong kecil. 
Blend carrot dengan air.
Tapis ke dalam jug.
Kemudian blend lagi carrot yang telah di tapis tadi sehingga betul2 menjadi hampas (tiada lagi air carrot) dan tapis.
Masukkan gula dan susu pekat manis secukup rasa bergantung kepada kemanisan masing-masing. Kacau sehingga gula hancur. Tambah air jika terlalu pekat.
Untuk menghidang, masukkan ais ke dalam cawan dan tuangkan jus carrot. Sedia untuk di minum.

NOTE : Dapat menghasilkan lebih kurang 1.5 liter jus carrot tanpa ais.


TIPS: Jangan blend carrot bersama dengan susu atau gula. Rugi lah susu / gula lekat pada hampas carrot kan..blend je dgn air masak dulu lepas tapis baru campurkan susu dan gula...:)

No comments: