Walk to Remember

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers



Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers


Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, July 21, 2013

Ayam goreng kunyit & sambal kerang


Hey dolls

Disebabkan kemalasan nak masak so kitaorg decide untuk buat sambal kerang dan ayam goreng kunyit je.. simple sebabnya dua2 malas nak masak dengan perut I yg dalam keadaan tak berape nak sihat nie..

Ayam goreng kunyit
Bahan-Bahan:-
5 keping dada ayam dipotong2 kecil.
3 urat kacang panjang di potong ikut suka.
2 batang baby corn.
1 biji bawang besar dihiris melintang.
3 ulas bawang putih di titik.
1 biji telur kuning.
1 sudu makan tepung gandum.
1 1/2 sudu makan sos tiram.
Minyak untuk menggoreng.
1/2 sudu kecil garam, perasa & gula.

CAra-cara

Masukkan isi ayam yg telah dipotong kedalam bekas, bubuh sedikit garam, serbuk kunyit, kuning telur dan juga tepung gandum tadi. kemudian digaul sehingga rata.
Bubuh minyak banyak sikit ke dalam kuali dan tunggu sehingga minyak panas. Kemudian masukkan isi ayam yg telah diperap tadi ke dalam kuali dan mula menggoreng sehingga kekuningan. Jangan terlalu garing.
Tos kan ayam yang telah di goreng tadi dan keluarkan minyak dari kuali. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali untuk sesi menumis pula.
Untuk bahan menumis pula, masukkan bawang putih, bawang besar, cili hijau dan merah, kacang panjang dan juga baby corn. Tumis sehingga naik bau, kemudian masukkan pula sedikit garam, perasa, gula dan juga sos tiram.
Masukkan ayam yg telah digoreng tadi ke dalam bahan yg telah ditumis dan di gaul rata.

Siap! Sedia untuk dihidangkan :))

Sambal kerang
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
1 mangkuk kerang yang telah direbus dan buang kulitnya
1/2 biji bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
sedikit belacan
sedikit air asam jawa
3 sudu besar sos tomato
1/2 biji bawang besar dimayang
2 sudu besar cili giling
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
tumis bawang putih dan bawang besar yang dikisar sampai wangi.
masukkan cili giling dan belacan
masukkan air asam jawa, sos tomato, garam dan gula.
masak sampai kuah agak likat dan masukkan kerang serta bawang yang dimayang.
biarkan seketika sampai bawang layu.. boleh lah dimakan bersama nasi 



No comments: