Walk to Remember

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers



Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers


Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, July 16, 2013

NASI LEMAK AYAM BEREMPAH

hey dolls



macam mana puasa kali nie? Harap sangat puasa bulan ni dapat penuh tapi hari sabtu hari tu dah tak puasa sebab tak sahur, perut plak pedih tak tahan. Cian baby dalam perut tu…. so terpaksa buka puasa pukul 12 tghari…. Next week pun tak blh puasa sebab kena buat test air gula di hospital. Harap2 dua hari nie je la yang tak puasa… baby mummy jangan kuar dulu ye….. kita puasa dulu okay??

So first and second day puasa memang tak daya nak masak… maklum la baru hari yg awal puasa… so masuk 3rd day budak tecik dah malas nak masak… sebab dia tak de idea…. Mula2 ingat nak masak nasi ayam tapi tak tau resipi.. maklum la dulu “rajin” sgt tolong mama kat dapur. Then terpikir nak buat nasi lemak…. Terus balik tu singgah GIANT beli barang yg takde… so plan dia masak nasi lemak ayam berempah….. budak tecik tugas dia buat sambal je and goring ikan bilis….. yg lain keje mummy to be nie…. Kena la tolong menolong sebab sampai umah pun dah lambat.

Alhamdullilah menjadi jugak nasi lemak pertama kali I masak nie….. saje masak lebih hantar kat umah mama… huh laku ok… my lil sis makan bertambah 4 kali, yg lagi sorang 2 kali… my mum cakap sambal dia masam skit.. tu keje budak tecik…. hahahahaha


Nie la resipi dia :-

Bahan-Bahannya (Nasi Lemak)

4 pot beras (dicuci dan ditoskan)
3 pot pati santan
2 pot air
2 helai daun pandan (dicuci dan dikat simpul)
3 ulas bawang kecil (dihiris halus)
2 inci halia (ditumbuk)
Sambal Tumis (Resepi Sambal Sotong)
3 biji telur rebus
1 biji timun (dibuang kulit & dihiris)
Kacang tanah (digoreng)
Ikan bilis (digoreng garing)


Cara Membuatnya :
·         Masukkan santan dan air ke dalam periuk nasi. Tambahkan bawang, halia, garam dan daun pandan. Kacau semua nya hingga sebati. Akhir sekali masukkan beras yang telah dicuci bersih.
·         Kemudian pasangkan suis periuk nasi dan biarkan hingga nasi kering
·         Bile nasi dah masak, gemburkan nasi perlahan-lahan biar nasi terlerai.
·         Dan hidangkan bersama bahan sampingan yang lain.


Bahan-Bahannya (Ayam Goreng Berempah)
1/2 ekor hayam atau pun byk mana la hayam yg korang nak masak..

Bahan di Kisar :
·         2 labu bawang besar
·         5 biji bawang merah
·         4 biji bawang putih
·         6 batang serai
·         5 inci halia
·         5 inci lengkuas

Bahan Perasa :
·         garam
·         serbuk kunyit
·         2 sudu besar serbuk kari daging baba's
·         daun kari (taruk byk mana yg korang nak)

Cara Membuatnya : 
·         Ayam yg telah di bersihkan di lumur dgn garam, serbuk kunyit, serbuk kari daging, daun kari, dan bahan2 kisar.. perap le kejap..
·         Macam aku tak perap lama2 pun.. sbb nak cepat masak kannn.. lepas gaul2 bahan aku terus zasss goreng.. kang kalo perap lama sgt kang kebulur lak nak mkn.. dah le aku ni selalu kelaparan..
·         Pastu gorenglah dlm minyak yg panas.. sape goreng dlm minyak yg suam2 aku tampo kang tgn tu..
·         Goreng je dgn belen2 bahan perapan sbb bahan2 tu yg buat hayam tu lebih sedap sbb dia akan jd kerak2/serbuk2 gituuu... yennadeiii, berapa byk kali sebab daaaa...

Bahan-Bahannya (Sambal sotong)
·         3 ekor sotong kembang
·         5 senduk nasi cili kisar
·         2 biji bawang besar (1 dipotong kasar, 1 untuk dikisar)
·         1/2 inci belacan
·         1/2 cawan air asam jawa
·         Garam dan gula secukup rasa
·         Kacang tanah (ditumbuk kasar)

Cara Membuatnya : 
·         Sotong dipotong kecil, dicuci dan toskan.
·         Kisarkan cili kisar bersama bawang besar dan belacan.
·         Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga garing. Tambahkan garam & gula.
·         Kemudian masukkan sotong. Kacau rata.
·         Biarkan hingga sotong sedikit masak. Masukkan bawang besar yang dipotong kasar. Tambahkan air asam jawa. 
·         Kacau rata dengan api sederhana hingga sambal sedikit pekat. Akhir sekali masukkan kacang yang telah ditumbuk kasar.
·         Rasa dan jika ok boleh dihidangkan.




No comments: