Walk to Remember

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers



Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers


Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, May 11, 2013

GUEST BOOK DIY


hi dolls
Atas permintaan ramai untuk template postcard untuk guest note tu.
Kununnya tetamu wish atas postcard & masuk dalam peti surat.


Sorry ye i dah takde template tu sebab letak dalam computer opis..
Tapi i boleh buat tutorial secara ringkas untuk bagi idea.
Nanti korang edit la size ke gambar ke ikut suka.

Apa yang korang perlu ada?
1) Paint - Semua computer ada kot
2) Photoscape - Download free & cepat
3) Internet - Confirm ada kalau korang tengah baca blog kina.
Hahaha.

Senang je sebenarnya, sebab main edit-edit je.
Tapi korang mesti simpan semua dalam 1 folder kat desktop.
Supaya korang tak serabut kepala bila nak masukkan photo.

Kita layan ikut gambar senang sikit faham kot.
Klik kat gambar untuk lebih jelas ok, maklum la blog size kecik.


1) Buat 1 canvas kosong dari Paint, just tarik bucu bagi besar sikit.
Actually kalau buat border pakai paint terus pun boleh.


2) Save as jadi gambar letak dalam 1 folder kat desktop utk mudah cari nanti. 
Save la gambar tu atas nama 'postcard'


3) Open photoscape, klik la Editor macam yang dibulatkan merah di atas.


4) Belah kiri akan ada senarai folder. Cari 'postcard' dari folder template.
Boleh terus edit, klik la box kat bawah tu buat la border hitam.
Boleh ikut thickness border tu berapa, macam kina thickness 6.


5) Click Huruf T untuk masukkan tulisan ke dalam postcard.
''To: ????''
Boleh edit font, sizem italic semua kat box tu.


6) Buat box untuk poskod konon-kononnya. 
Dulu kina buat box kecik2 untuk letak date wedding.
Trick untuk buat bar code tu plak. Buat Line dengan klik /.
Line color hitam, thickness tebal. Untuk buat line putih bar code.
Korang tukar je warna & thickness kecik lukis la atas line hitam tu.
Jadi la bar code! Simple je.


7) Nak masukkan stamp ke dalam postcard tadi. 
Ni cara singkat la. Lagi baik kalau korang buat sendiri.
Korang save dari google images letak dalam folder
template tadi gak. 


8) Klik dekat photo, cari gambar setem yang korang dah edit.
Kalau nak ajar cara edit setem panjang jadinya tutorial ni.
Jadi, edit dulu setem baru masukkan ke dalam postcard ok.
InsyaAllah, korang mesti dah tau cara based on tutorial ni.


Maka..Hasilnya jadi la macam ni..hihi..
Korang paste je dalam word pastu print je..
Dulu kina print 6 keping dalam 1 page A4.


Mudah kan?
Selamat mencobaaaa!
Korang buat mesti lagi cun punya.
Happy weekend everyone!





No comments: