Walk to Remember

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers



Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers


Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, October 12, 2013

Nur Damia Qairina

Assalamualaikum. 

Last post dlm blog ni, kalina cuma bagi nama anak kalina dengan gelaran "baby NDQ" sementara nak menunggu selepas hari ke-7. Takde tanda tanya lagi dah, kalina and suami sepakat menamakan puteri sulung kami dengan nama"Nur Damia Qairina".



Our little baby girl, Nur Damia Qairina binti Hasbullah
Boleh panggil Damia, Mia, Qairina......

Kenapa kalina dan suami menamakan "Nur Damia Qairina" ? 

Nama baby ni ada maksud tertentu yang kalina dan suami telah fikirkan sesuai sebagai seorang bayi perempuan dan yang pasti tiada makna buruk. Dalam aspek memberi nama ni, dari pandangan yang dibaca dari sumber2 sahih ada menyatakan sekiranya sesuatu nama memberikan 2 makna termasuk yang baik dan buruk sekalipun maka harus jika menggunakannya kerana ini ada dilakukan oleh Nabi s.a.w. sendiri. Nur membawa maksud cahaya.....

Maksud bagi perkataan Damia dalam bahasa Arab adalah seperti berikut:DAMIA:  Kebajikan atau Keberkatan, mudah-mudahan ia membawa kebajikan dan keberkatan di sepanjang hayatnya. Damia juga bermaksud bijak... Qairina Pulak bermaksud kebaikan,,,,,

Mengikut pendapat ilmuan, nama-nama bukan dari bahasa Arab yang elok maknanya juga harus dipakai.Nabi saw menyatakan sunat untuk meletakkan nama yang membawa maksud baik-baik, tapi tidak menyatakan wajib menggunakan bahasa Arab, namun mmg baik digunakan untuk beroleh keberkatan dari bahasa Al-Quran. Ustaz Azhar Idrus juga pernah menyatakan boleh guna semua bahasa dunia asalkan tidak membawa maksud yang buruk dan syirik. Berhati-hati juga bila mencari nama dalam buku2 himpunan nama yg selalu dijual hari ini kerana Ustaz2 yg fasih berbahasa arab ada menyatakan nama2 dlm buku2 ini kadang2 adalah dari bahasa pasar arab yang boleh lari maknanya. Namun yang paling penting, sebagai ibu bapa kenalah pandai didik anak kita supaya akhlak dan akidahnya terbela, kalau kita terlalu bergantung pada nama untuk menentukan nasib seseorang, tak betul juga kan, takut menyimpang dan syirik pula nanti. 

Kalina selamat melahirkan Nur Damia Qairina  masa kandungan genap 37 minggu. Semuanya jadi dengan pantas, tau-tau je baby dah keluar dengan selamat, lengkap 1 pakej anggota badan. Alhamdulillah syukur.




No comments: