Walk to Remember

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers




Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, July 30, 2013

Panggilan untuk ibu & ayah

Assalamualaikum..

Hari tu mama ada tanya aku, nak suh anak panggil ape nanti, aku dengan pantas jawab "mummy & babah". terus mama keluarkan ceramah agama dia. dia kata dia dengar ceramah and ustaz nie bgtau lebih elok kalo panggil umi & abi/ walid sebab Nabi S.A.W pun guna panggilan nie. tapi nie zaman moden and mummy & babaIni antara panggilan yang biasa di gunakan untuk panggilan kepada ibu & bapa :

Mama & Papa ( Panggilan ni popular sekarang)

Mama & Abah (Panggilan aku kat orang tersayang aku adalah mama & abah)

Mama & Baba (Pak ndak aku anak-anak dia panggil baba)

Ibu & Ayah / Abah ( Akak² aku guna gelaran Ibu & Abah)

Mak & Ayah / Abah ( Panggilan ni pon popular juga)

Umi & Abi ( Panggilan ni baru solehah. Macam nak guna panggilan ni je, tapi kalau tukar kepada mama & abi ok tak? =) )

Umi & Walid ( Panggilan ni pon solehah juga )

Mummy & Daddy ( Dengar cam mat saleh sikit, haha.. Tapi mummy tak elok sebab maksud dia hantu kubur, esok anak dok panggil hantu kubur, hantu kubur.. Ooh, serammm....)

Bonda & Ayahanda ( Macam kerabat di raja je, dulu kat sekolah member aku panggil mak dia bonda, bes je dengar.. Hehe)


Menurut seorang ustaz, panggilan terbaik adalah Umi & Abi kerana panggilan ini di gunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W.


Sebagai contoh, sepupu saya telah mengajar anaknya yang masih kecil dengan panggilan “papa” dan “mama”. Anaknya yang masih kecil akan terikut-ikut dengan panggilan tersebut kerana telah diasuh sejak kecil dengan panggilan tersebut. Namun, pada pandangan saya ia tidak sesuai dengan budaya kita kerana penggunaan panggilan seperti itu seperti terikut-ikut sistem panggilan barat dan bersifat lebih moden serta menyebabkan generasi muda tidak menggunakan panggilan yang asal seperti “emak” atau “mok” dan "ayah" atau "ayoh" dalam bahasa Kelantan dan Terengganu.

Kebiasaanya, panggilan untuk ibu bapa ini dipengaruhi oleh faktor seperti taraf ekonomi, taraf pendidikan, kawasan kediaman sama ada desa atau bandar, keturunan, bangsa dan sebagainya.

 

Oleh itu, gunalah panggilan yang sesuai untuk ibu bapa mengikut agama, bangsa dan adat kita sebagai rakyat yang beragama Islam kerana kadang kala sesuatu panggilan dapat mempengaruhi keeratan perhubungan kita dalam keluarga.



Menurut seorang ustaz, panggilan terbaik untuk ibu bapa ialah bagi bapa dipanggil Abi manakala untuk emak ialah Ummi kerana panggilan inilah yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW. Panggilan seperti Mummy tidak sesuai digunakan kerana mempunyai maksud yang tidak baik iaitu membawa pengertian hantu kubur. 



No comments: