Walk to Remember

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers



Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers


Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, August 5, 2013

EXCITED RAYA SEBAGAI ISTERI KALI PERTAMA

Hey dolls

Raya ini raya first kami sebagai suami isteri. Dah nak hampir setahun kahwin. Lagi beberapa bulan genap setahun, lebih tepatnya. Sepatutnya kenalah teruja lebih kan, kata kali pertama. Heheh. Tapinya, takde pun perasaan teruja lebih tu sobs. Maksudnya sini takdelah saya nak bershopping sakan beli baju suami isteri sedondon bagai semua, beli itu ini semua. Kenapa ye T_T

sebab tengah sarat mengandung.... baby tu lebih memerlukan duit tu... so kena la berjimat cermat skit.... nak beranak skrg nie bukan murah......walaupun company cover tapi still kitaorg kena bayar dulu.....

Tapi, baju raya kami tetap sedondon heheh. tapi tak tau la aku muat pakai ke tidak... Mana boleh tak sedondon kan. Alangkan nak keluar dating pun beriya nak sedondon, takkan lah raya tak pulak kan. 


Tahun ni first raya kami balik melaka dulu. Kampung aku. Atuk nenek dah tak ada pun, tapi ramai sedara mara masih di sana, jadi balik sanalah. Kami balik temerloh pada hari raya kedua petang mcm tu....

hehehe tunggu la nanti i update gambar



No comments: