Walk to Remember

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers




Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, June 23, 2013

18 Tips Bajet Duit Untuk Single, Couple & Yang Baru Grad

Tips bajet kewangan untuk single, couple & yang baru grad
Selalu orang cakap duit ni kalau tak diurus dengan betul, gaji RM5ribu pun macam RM5 je. Sebab kita di sekolah pun memang tak diajar macam mana nak uruskan duit. Semua ikut rasa suka hati sendiri. Baik lelaki mahupun perempuan. Especially yang tengah belajar tu. Duit scholar pula dapat sekali banyak beribu-ribu. Jadi gelap mata semua.

Mari buat calculation mudah. Ini perbelanjaan rata-rata rakyat Malaysia yang bekerja makan gaji. Yang mungkin belum ada anak jika dah berkeluarga.

Makan di luar : Sekali makan RM10. Breakfast RM 5, Kurang-kurang RM 20. Sebulan Rm300.
Sewa rumah : RM 300 ( kalau kongsi ). Kalau yang baru beli rumah maunya dalam RM1000 ke atas.

Kereta : Kalau myvi dalam RM400 lebih. 
Atau LRT : Sehala RM 3-4, pergi balik dah RM 6-8. Darab 20 = RM160.
Minyak : RM100-300
Shopping : dalam RM 200-300.
Duit liburan ( Movie, Bowling ) RM100
Bil Astro, Internet , Telefon : RM200-300.
Bayar loan PTPTN and such : RM400
So, total semuanya dalam lebih kurang RM2200. Kalau gaji fresh grad dalam RM2500 : Balance RM300. Nak bagi parents lagi? Belanja makwe lagi? Nak simpan berapa setiap bulan? RM5? 50sen? 5sen? Jawapannya, memang tak menyimpan.
akhirnya end up macam ni. -__-”
Ini tips nya :
1.Masak sendiri di rumah atau makan makanan sihat
I know ramai yang payah sangat bila bab masak ni. Tapi sekali sekala tu apa salahnya makan mewah TGI Friday ke, Nasi Briyani ke. Sebenarnya bab makan ni yang selalu effect kewangan kita. Sekali makan dah RM10. Kalau breakfast, lunch dinner dah berapa? Paling kurang RM20. Hari-hari Takkan nak makan nasi lemak pagi petang siang malam hari-hari? -_- Macam saya, kalau weekdays saya lebih suka makan banyak di tengah hari so that malam tu boleh dinner yang ringan sikit. Kalau sekali sekala makan nasi dan telur goreng ke, apa salahnya. :D Belajar goreng sardin ke, goreng sayur ke, simple je pun. ^_^ So, boleh jimat at least RM50 ke. Ok apa? :D Kalau sebulan Rm50, setahun dah RM600! :8)
Website seperti Myresepi.com boleh bantu kamu yang baru nak belajar memasak tu. Banyak gambar dan resepi nya mudah dan best.

2. Bila buat air, guna bancuhan 3 dalam 1
Yes, ini saya buat sampai sekarang. Kalau tengok sekarang berjenis-jenis 3 in 1 ada. Ada orang cakap tak bagus minum hari-hari. Tapi if teringin tu, tak payah Starbucks pun takapa.Kalau  3 IN 1 Cappucino Aik Cheong seplastik tu dah RM12, ada 15 bungkus. Satu baru berapa sen. Starbucks at least RM15. :D U sendiri kira la brader! :O . Instead of minum kopi mahal or air mahal setiap hari, kurangkan jadi beli on weekend je. Cuba try =)

 3. Shopping list
Daripada tulis atas kertas, kita guna handphone or ipad ke, tulis senarai barang yang kita nak beli and buat anggaran harga. So that, kamu boleh buat bajet mudah and eliminate barang yang tak perlu :8) Selain tu, takde la kamu lupa nak beli barang apa :p

 4. Hindari debit kad, credit kad. Guna cash
Ini memang pengalaman sendiri. Kalau ada credit card especially, rasa macam you own the world. T_T Selagi tak sampai limit, selagi itu SHOPPING. Debit kad pun sama. Sekarang kebanyakkan shopping mall dah boleh guna debit kad nak shopping. Sangat bahaya jika kamu tak letak limit. Limitkan RM500 sahaja untuk debit kad kamu.

 5. Bayar bil sebelum berbelanja
Please. Selalu dapat gaji buat apa dulu ? MAKAN. SHOPPING. Tapi sebelum tu, ingat tak ingat dekat bil-bil yang kamu kena bayar? Bila dah habis duit baru la kira duit syilling nak bayar bil -_-“ Mengarut. Lepas tu sebab takde duit, tanggungkan next month bayar, memang la pokai sampai bebila.

 6. Jauhi LOAN
Loan memang best. Especially bila tengok bank, ada puluh-puluh ribu. Tak rasa hazab sangat sebab bayar bulanan. Tapi loan tu bunga dia boleh tahan. Bayangkan kalau kamu pinjam dengan Bank Islam contohnya dalam RM50ribu. Kena bayar balik RM100ribu dalam masa 15 tahun macam tu sebab bunga dalam 5.5%. Sebenarnya bank ni pun kira ceti halal lah. Tapi tak rasa membazir ke?

 7. Melabur ASB/ Trust Fund
Cuba melabur duit dalam ASB atau pinjaman ASB kira macam kamu buat loan dengan bank juga, tapi interest yang kamu dapat dari hasil simpanan tu tinggi. Kalau dalam ASB kurangkurangnya dividen dalam 8% Setahun. So, katakana kamu menyimpan dalam RM300 sebulan, kalau dah setahun dah RM3600. So katakan dividen masa tu 10%, dah dapat RM120. Kalau simpanan RM10ribu? Trust fund pun bagus juga. Untuk masa depan kamu dan anak-anak nanti.
Info ASB/ASN : www.asnb.com.my/

 8. Jaga kereta anda
Nampak remeh tapi bagi yang dah berkereta, seeloknya jaga kondisi kereta sebaik mungkin.Maklumlah jalanraya di malaysia ni feeling lebih macam jalan dekat bulan. Lubang bukan main banyak lagi. Kalau tak hati-hati silap hari bulan setiap bulan bertukar tayar.

9. Separate bank account
Ini untuk asingkan duit simpanan dan juga duit belanja. Bagi sesiapa yang tak ada ASB akaun tu. =) Ikut pengalaman sendiri, saya akan sorok kad bank yang untuk duit simpanan tu. Biasa saya akan buat 2 akaun dari bank yang sama. So boleh buat online transfer percuma ke akaun untuk simpanan wang.

10. Air kosong dari air manis
Selain dari menyihatkan, biasanya air kosong or air masak lebih murah dari air manis. So contohnya kamu order steak di TGI Friday, so untuk jimatkan wang sebab harga makanan dah mahal, order je air kosong or ais kosong. Kan boleh jimat disitu?

11. Belanjawan
Kalau malas nak tulis belanjawan satu satu dalam buku or excel, just simpan je resit dan kira semua resit bila setiap hari minggu. So boleh tahu berapa ringgit kita belanja. Or just congak je. Untuk tahu belanja lebih kurang. Kadang-kadang kita ni SENGAJA tak mahu fikir perbelanjaan kita, tapi akhir bulan ha, merana!
Tak perlu susah payah nak detail sangat. Macam dekat atas tu pun ok dah. So that kita boleh pantau kita selalu habis duit kat mana.

12. Guna media social untuk berkomunikasi
So instead of paying berapa sen untuk setiap SMS, guna je media social macam Twitter ke, FB ke, BBM ke, Whatsapp ke untuk berkomunikasi. LEbih jimat. Memang la sms tu murah. 10sen kot satu. Tapi kalau sehari dah 10 sms? Sebulan dah berapa? Katakan sebulan spend RM15 untuk SMS je. Setahun dah seratus lebih kan?

 13. Duit sen pun berguna
Jangan dibuang. Tapi sediakan tin or apa-apa bekas sokong simpan setiap sen yang kamu ada. Saya ada dalam 5-6 bekas kecil penuh dengan duit syiling. Kumpul setahun lebih. JUmpa bawah kerusi, simpan. Jumpa celah poket, simpan. Bila kira balik ada dalam RM200 lebih. Ha, banyak kan? Kan? :p

14. Kurangkan keluar malam
Selalunya pada malam hari ni, kita lebih suka lepak dengan member. Dah lepak tu mesti la order air ke makanan ke. Walaupun dah dinner. Ye la, dah bercakap mestila tekak kosong. Bila dah syok berborak tu, kadang-kadang lupa diri, pergi order food or drinks mengarut. Saja nak isi perut. So, tips saya disini, kalau boleh elakkan keluar malam selalu. Kalau weekend tu ok la, tapi kalau setiap malam macam tu, mau sengkek akhir bulan.

15. Shopping hari Sabtu
Ini terbaik. Sebab di kebanyakkan tempat, tak disediakan beg plastic. So tendency nak shopping macam orang gila tu kurang. Haha. Biasalah manusia, shopping barang ratus2 tak pe, tapi plastic 20sen memang kedekut. :B

16. Bantu ibu bapa
Saya percaya bahawa kalau kita selalu bantu ibu bapa or keluarga, nescaya rezeki kita akan berlipat kali ganda. Walaupun gaji kecil, sumbangkan sedikit duit pada ibu bapa, ringankan beban. InsyaAllah, walaupun tak banyak, mesti Tuhan akan bantu kamu juga. =)

17. Weekend bersiar-siar di tempat yang PERCUMA
Yes, taman banyak, pantai ada, apa lagi, sekali sekala dari bayar RM10-Rm15 untuk sekeping tiket wayang, apa salahnya jalan-jalan ke or piknik di tempat awam percuma. Or pergi jogging ke di taman. :D Tak pun balik rumah parents dan balik kampung. Or just duduk rumah main Twitter or lepak tengok TV. Or just pastikan kalau keluar bersiar-siar tu, bajet kita berapa, nak beli apa or just nak lepak jumpa kawan ke. So duit tu boleh spend untuk benda lain or simpan. Nampak mudah kan? Tapi kita selalu lupa :p

18. SALE lebih bagus!
Bershopping masa SALE lebih bagus dari hari biasa. Khas untuk para penshopping tegar. Bukan saya kata suruh shopping SETIAP KALI SALE. Bukan. Tapi shopping dengan berhemah di waktu adanya promosi atau diskaun. di Internet dah banyak website promosi atau GROUPON sebegitu. Tak rugi tapi mesti pandai limitkan diri agar tak jadi HABIT pulak. =)
So daripada 18 tips yang ada ni, berapa banyak tips yang awak amalkan dalam kehidupan seharian awak? Kalau lebih dari 10 tu TAHNIAH! Pada yang tak pernah fikir benda-benda remeh macam ni pun boleh effect duit dalam bank akaun anda, ha, ni masanya untuk berubah!
XOXO



No comments: