Walk to Remember

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers




Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, May 26, 2013

barang keperluan sebelum bersalin




hey dolls

nillah antara barang-barang keperluan yang Irine refer dekat blog-blog mummy to be yang lain. Copy paste terus kt blog diorang untuk buat refer. Korang nak refer pon takde hal.Yang penting ingat satu je, beli ikut keperluan bukan kehendak ok! (geli je nasihatkan orang, tapi diri sendiri pon banyak yang beli lebih kepada kehendak..wakaka).

Baby [PAKAIAN] 
1- Baju harian @ siang-baju seluar pendek dan lengan pendek..baju lubang2..dan singlet jugak
2- Baju malam @ tidur-baju malam selalu nyer beli lengan panjang dan seluar panjang
3- Romper dan Jumpsuit
4- Baju jalan2
5-Mittens & Booties-yang ni kalau boleh beli lebih sikit sebab baby baru lahir ni kena pakai byk sarung tangan dengan stokin kaki. 
6- Bonnet @ topi
7-Sapu Tangan- beli yg 100% cotton supaya kulit baby tak melecet..
8- Bib- mula-mula rasa macam taknak beli, tapi tengok ada baby yang minum pakai botol dan susu meleleh2 kene baju..jadi terus rasa tu salah satu keperluan jugak kot. .
9- Barut-yang ni penting untuk baby.
10- Bedung- haaa yang ni banyak gilaaaa beli! haha. taktaulah kenapa, maybe sebab rasa comel sangat. Harap2 nanti baby nak laa kena bedung.


Diapering


1-Napkin- dah terbeli sebenarnya brand Pureen. beli 1 pack je, kalau guna pon mungkin untuk bedungkan baby je atau sebagai backup.

2-Diapers @ Lampin pakai buang- setakat ni survey-survey ramai yang suggestkan beli brand Mamy Poko atau Pet-Pet. Ramai yang cadangkan beli lebih sikit sebab baby awal-awal banyak kali "poopoo".hehe. Tunggu masa ekspo baby nantilah nak borong , murah sikit.
3-Wet Tissue
4-Changing mat- untuk lapik kat tilam baby supaye tilam tak mudah kotor biler baby u'uk atau tetiber terkencing mase bukak baju dia.

5-Baldi dan bakul untuk Lampin/baju kotor
6-Detergent khas pencuci baju

Baby Care dan Grooming

1-Bedak Bayi 
2 Losyen Bayi
3 Minyak Bayi (Baby Oil) -jenama Johnson&Johnson 
4-Putik Kapas (Cotton Bud) 
5-Pengepit Kuku (Nail Clipper) - beli khas kecik tuk baby..
6-Minyak Telon-nak beli minyak yuu yee sebelum ni..tapi ade dengar minyak tu tak halal..biler kite was was kite tak ley guna..jadi nak carik minyak telon pulak
7-cotton ball
8-Nappy Cream-beli kot2 montot baby nanti tak sesuai pakai diapers dan tumbuh ruam

Nursering [keperluan tidur baby]

1-Set Tilam
2-Baby Cot-tak beli lagi sebab suami cakap bulan depan baru beli.Yeayyy! dah survey and dah ada yang berkenan di hati :'D
3-Kelambu[mosquito net

Feeding

1-Botol dan puting susu saiz S - maybe akan beli jenis Tommee Tippee
2-Bottle Sterilizer 
3-Berus Pembersih Botol
4- Penyepit Botol
5- Nipple Cream
6-Nursing Pad Washable
7- Nursing Pad Disposal
8-Breast Pump-belum beli lagi. Plan nak beli dekat ekspo baby nanti. Dalam hati dah berniat awal-awal nak beli jenis Medela Freestyle, puas dok berperang dengan suami sebab dia cakap mahal sangat.haha. Tapi takpe, masih dalam proses menggoda dia supaya beli jugakk. Tak kira, tak kira. 
9-Cooler set bag [Storage Bottle dan Ice gel] 
10- Nursing Pillow- yang ni dah beli masa kandungan 3 bulan aritu sebab keperluan tiap-tiap malam nak tido lapik bawah perut dengan bahagian pinggang. So nanti baby dah keluar boleh lah guna balik time nak breastfeed baby.
11-Nursing Bra
12-Termos
Travel

1-Beg Baby
2-Baby Warmer for Bottle-warmer ni penting tuk cairkan storage susu yang sejuk beku baru keluar dari peti ais.ade orang suker rendam pakai air suam jer..
3-Baby carier
4-Stroller- maybe akan beli selepas bersalin nanti. 
5-Nursing cover-senang kalau kene BF kat public.boleh cover.
6-Car seat

Bathing


1 Tuala baby
2 Besen Mandi[Bath Tub
3 Toiletries set
Keperluan berpantang 

1 Set jamu
2 Tungku 
3 Tuam/tungku baby-ramai yang cadangkan beli tungku atau tuam baby ni untuk kembung perut
4 Baju sejuk
5 Kain batik-mintak kat mak je sebab mak ialah peminat tegar kain batik! haha.
6 Stokin
7 Nursing bra
8 Maternity Pad
9 Tuala mandi
10 Breast pad
11 Tukang urut
12 Bengkung
13 Air Zam-zam selusuh
Extra

1 Penyangkut Baju Berklip
2 Mainan baby
3 Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
4 Hanger
5 Almari laci baby-untuk pakaian dan keperluan baby



No comments: