Walk to Remember

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers




Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, June 30, 2011

KL GANGSTER


hey dolls
since banyak sangat review pasal KL gangster , yang korang kata best sangat, me and dak tecik g la tengok kat jj bukit tinggi... hehehe hari tu beli kat mydeal yang beli harga1 tiket tapi dapat 2 tiket....Wee
KL Gangster
Pengarah : Syamsul Yusof
Syarikat Penerbit : Skop Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Aksi
Tarikh Tayangan : 09 Jun 2011
Durasi : 81 min
Audio : Dolby
Format : 35mm
SUMBER: Sinemamalaysia.com
sinopsis cite nie Pelakon terdiri daripada Aaron Aziz (Malek), Adi Putra (Jai), Syamsul Yusof (Shark), Ajib (dia nie ada berlakon dalam zombie kampung pisang dgn cite ROCK), King (redzuan hashim) dan juga Dragon (adam corrie). Biasalah mereka ni terbabit dengan aktiviti peras ugut, dadah, pelacur dan sebagainya. 
Cerita nie berkisar mengenai kongsi gelap sekitar ibu kota Kuala Lumpur. Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun kerana terlibat dalam jenayah kongsi gelap ni. Punca dia merengkok dalam penjara juga disebabkan oleh Shark. Kiranya Shark ni tikam belakang si Malek tu lah.. tapi malek dah cuci tangan... dia jual sayur kat pasar.... hahaha tu ckap dengan budak tecik "kalo ada org jual sayur mcm aaron aziz nie, hari2 bby g pasar beli sayur".... 
Malek ni dulu bergerak sekali bersama King membina empayar mereka di KL tu sehinggalah dia diberkas polis. Setelah keluar penjara, geng Dragon ni cubalah mengajak Malek untuk joint group mereka dengan dijanjikan wang ringgit dan hidup mewah di kemudian hari. Malek pula tidak berapa berminat dan lebih suka membawa haluan sendiri kerana beliau cakap beliau mahu cuci tangan dari aktiviti gangster ini.
Malek tinggal di rumah Abang Long Fadil (Zizan Raja Lawak) setelah keluar dari penjara. Beliau bekerja di sebuah pasar basah di Ibu Kota. Sepanjang hari-hari yang dilaluinya, beliau sering saja diganggu oleh konco-konco Shark. Manakan tidak, Shark tidak senang hati setelah Malek keluar dari penjara dulu kerana Shark lah punca Malek merempat di dalam penjara. Malek mula naik angin dengan Shark setelah kereta milik Abang Long Fadil dibakar. Tidak cukup dengan itu rumah tangga keluarga Malek turut diganggu mereka semenjak Malek masuk penjara dulu sehinggakan adik perempuan dan ibu Malek turut menjadi mangsa keadaan.
Shark yang tamak kuasa mula naik kepala apabila bertindak melawan kata-kata ayah tirinya iaitu taiko King. King pula dilihat serba salah dalam situasi ini kerana Malek jugalah yang membantu membina dan menaikkan empayar King hingga menjadi gah ketika ini. King telah bertindak mengusir Shark keluar dari kumpulan gangster itu. Shark lantas berang dengan tindakan bapa tirinya itu lalu menembaknya sehingga mati..
Perbuatan Shark tidak berhenti disitu sahaja. Shark telah merekrut Jai (adik Malek) untuk menyertainya. Beliau bertindak begitu untuk menguatkan lagi pengaruhnya di KL serta dalam masa sama turut membuatkan Malek panas hati dengannya. Malek turut bengang dengan Jai apatah lagi Jai tidak pernah pulang menjenguk ibu mereka yang sudah tua. Di penghujung cerita Malek telah bergabung dengan Ajib(anak buah taiko Dragon) untuk bertempur bersama Shark dan Jai..Bagaimanakah kesudahan cerita ini??? korang tengok la sendiri..
tapi serius syamsul yusof nie tak yah la berlakon.. sangat annoying giler... kow jadi pengarah je la....potong skit la part dia.....pastu zizan raja lawak mmg superb terbahak2 kitaorg gelak kat dlm cinema tu... pergh badan adi putra mmg mantop! weee i loike
nie antara diaolog yg famos :- 
MALEK

-Lu kasi gua mati dulu la baru gua diam

-5 Tahun wa kat dalam,ramai yg nk cucuk wa, kat dalam mana mau lari..

- Hidup Dan Mati Bukan Di Tangan Lu La Sial


JAI

-Abang tak abang, sapa kacau aku Pecah!!* 
  
-Wa bukan takut MATI tapi Wa taknak MATi
  
-korang semua nak makan pasir..makan lumut... aku nk makan fish and chip!!!

-Lu jangan nak azan gua pulak~~

-Ak Peduli Apeww!!!!!Ak X Nak Hidup Merempat Mcm Ko

-Tapi kalau dia sentuh kau dragon, aku cium dia ~

-Suke !?! lain kali jngan buat lagi taw . nanti mak mara ~

-Seram nih~~

-Aku taat pada yang satu~

  
SHARK  
-Sekarang tak kira lu Abang Long ka, lu Ayahanda ka, ini KL gua pegang



AJIB

-Sekarang wa boleh simpan wa punya sengat,sebab wa dah penat..~~

-sayur kita jual satu kilo 3,4 ribu bro! ini satu kilo 3 ringgit lu mau jual ka?

-Lu Menyalak Manyak Kuat!!Selupe Anjing u taw!

-Lu ada pistol ha? lu kasi tembak. sini!! sini

-Lu tau ka? lu tau ka? lu tak tau maa

-Tengok wa punya lutut, tara goyang kan?

-Jangan sampai gua kerat lu 18, baru lu taw erti penyesalan"
 

- lu,wa,dragon..perempuan,karaoke..baru SELESA

- lu rembat malik..,gua rembat lu.... 


FADIL
-Itu Belum abg long dil,kalau abg long dil dah arwah die tu~

-Ehh siaal laah~ puiih! ~~

-Jangan risau , tak de alkohol . 

-Lawan Aku Bukan 2 Orang , Tapi 2 Lori

-"abg long bukit bintang, semenjak gua korek hidung dia baik resdong dia tu!"
-kete aku dah jadi barbeque.....







No comments: