Walk to Remember

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers




Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, September 26, 2010

#23111-450 27 things most girls don't know


hey dolls

since terlampau sedih pasal pasal puteh.. so korang tengok je lah 

27 things most girls don't know






Saturday, September 25, 2010

#23111-449 27 facts about guys

hey dolls


since terlampau sedih pasal pasal puteh.. so korang tengok je lah 


27 facts about guys




Friday, September 24, 2010

#23111-448 RIP PUTEH


hey.. dah jumpe dah puteh. tapi dia dah meninggal.. jumpe pagi tadi depan padang kat umah... sangat sedih tak tercakap. balik karang nak tgk dia... ok mata dah berair nie...


puteh bonda sayang sgt kat puteh... :(








Thursday, September 23, 2010

#23111-447 the facebook

hey dolls

Kawan aku update status dia kat Facebook.. aku rasa status dia ni menarik dan ada betulnya, hehe
are you bz facebooking? does it means that i have to book to see your face? i rarely see faces of facebookers though, face-to-face..
Dalam Facebook account aku ada 368 friends.. most of them memang kenal la tapi tah bila la kali terakhir aku jumpa diorang haha.. yang tak kenal pun ada la a few.. Facebook ni menarik sbb kat sini la kau dapat jumpa kawan-kawan lama.. sedar-sedar semua dah beranak pinak and married to each other.. macam cute je.. Masa kat sekolah, takde apa-apa, now dah kawin. Hehe

Tapi kadang-kadang aku menyampah bila tengok Facebook sebab macam-macam sangat menda mengarut yang membosankan..

1. The Infant Profile
funny10
Profile taruk gambar anak.. Tapi itu ok lagi la sebab kawan-kawan aku semuanya mempunyai anak yang comel belaka, hehe. Tapi aku tak tahan kalau asik update status pasal anak.
Pagi tadi Joanna (anggap je anak dia nama Joanna) bangun pukul 3 pagi lepas tu ajak main.. oh please lah, mama nak tidur..
10 minit kemudian..
Joanna kenyit mata dekat mama dia.. comelnyaaaaa anak aku ni.. eee rasa nak cubit-cubit anak sendiri sebab kiut sangat macam mama dia jugak :p
7.2 minit kemudian..
Eeeee anak mama ni berak pulak.. mama baru nak main Cafe World :(
11.48 minit kemudian..
Nak bawak Joanna jalan-jalan kat taman dengan Papa dia..
15 minit kemudian..
Terpaksa balik rumah sebab hujan pulak.. kesian Joanna anakku yang comel.. tak dapat nak jalan-jalan :(
Tekanan kepala otak aku tengok wall.. Kalau kau nak update status sekerap ini, sila la create Twitter account. Kat situ kalau kau nak update setiap saat pun takpe. Biasanya aku hide je orang yang macam ni kat Facebook. Tenang sikit jiwa.

2. The Gamer
funny
Kau nak main game, main je la sorang-sorang.. Tak payah la post dekat wall.. semak tau tak, semakkkk..
Joanna reached Level 1.5 in Cafe World.. be her neighbour now!
Joanna has joined Sorority Life!
Joanna dapat 10 juta markah sebab dia main game Bejeweled Blitz. Cuba la lawan dia
Siapa lagi bijak dari Joanna.. test kepala otak korang dalam game Who Has The Biggest Brain!!
Kesian Joanna terpaksa jadi contoh hahaha.. Tapi I memang tak maksudkan you okay hehe

3.The Filterless
funny1
Hey kat wall aku ada okay orang macam ni.. Kadang-kadang baca macam kelakar.. tapi kalau melebih-lebih tu tak kuasa jugak.. Tapi kadang-kadang orang yang komen tu yang lebih-lebih.. Tapi kadang-kadang aku pun filterless jugak hahaha..

4. The Event Coordinator
funny3
Ni satu lagi.. kejenya asik invite orang pergi situ la, pergi sini la.. memang kau event coordinator eh? And satu lagi yang kalau jemput ke majlis perkahwinan pakai facebook ni.. Aku rasa cam tak syok la.. walaupun dunia dah semakin canggih, tapi kalau wedding invitation tu pakai kad lagi best. At least e-card pun acceptable la.. Tapi kalau invite pakai Facebook je, aisehhhh..

5. The Desperate Marketer
funny4
Yang ini memang aku rasa nak lempang. Selain dari seperti contoh dalam gambar di atas, orang camni asal dia update Facebook je, mesti pasal MLM. Mesti pasal skim cepat kaya. Kalau dalam dunia ni senang sangat nak jadi kaya, tak payah la semua orang susah payah nak kerja. Penipu betul. Nak masuk tandas awam pun kena bayar ok. Ingat senang-senang orang nak bagi kau duit dengan hanya login to Facebook? Meluat ok aku baca benda macam ni.

6.The Horrible Photo Tagger
funny5
Wahhh.. kalau aku kena tag gambar yang bukan-bukan, confirm aku remove tag punya. Perlu ke kau nak tag aku gambar duit? Perlu ke? haaa?? perlu ke? Ada muka aku ke kat duit tu?

7. The Rash
funny6
Hahaha yang ni agak seram.. Apa kau update, semua dia komen. So far aku takde lagi kenal anyone yang macam ni. Tapiiiiii.. aku ada kenal orang yang ‘like’ status sendiri. Hahahaha.. tak boleh blah betul..
Hari ni rasa macam nak makan kat Kanna Curry House
Lepas tu ‘like’ status sendiri. hehe.. Jenaka betul lah. Apa-apa je yang dia update, semua dia sendiri like. Takde orang lain nak like status kau ye nok? Kesian..

8. The Quiz Taker
funny7
Sama kes macam kau main game.. if main kuiz, tak payah publish kat seluruh dunia boleh tak?
Joanna just found out her Malay name is Salmah. Find out yours!
Sakit otak betul. AKu pun selalu jugak main kuiz-kuiz Facebook ni.. memang kadang-kadang kelakar.. tapi tolong la jangan publish every kuiz yang kau amik tu kat wall. Kan boleh skip?

9. The Mangkuk Hayun
Tapi ni takde gambar la pulak sebab ni aku reka sendiri haha..
Ini ialah orang yang profile tak letak nama sendiri, lepas tu gambar pun tah apa-apa. At least letak la nama glamer kau ke.. Yang penting muka tu ok.. Tolong letak gambar kau boleh tak?
Ada orang yang profile name dia “Tiada Nama” pastu profile taruk gambar kaki. Kau ingat aku kenal milik siapakah kaki itu? Saya bukan artis.. saya tidak simply accept orang yang add saya di Facebook walaupun kita ada mutual friend. Sebab walaupun kita kenal orang yang sama, tidak semestinya saya kenal awak kan?
Bunyi macam eksyen, tapi takpe la.. aku punya Facebook kan, aku punya suka ok.

10. The Perasan Cute
TaK PaHaM beT0L aKu KenApA oRaNg sUkA SuKe tuLiS sTatuS pAkAi hUruF bEsAr KeciK.
Tak penat ke kau nak menaip nokk? Aku yang taip satu baris kat atas ni pun rasa nak naik hangin dah. Adakah untuk menampakkan kecomelan? Tapi comel ke?
1 lg org yg tulis stts pki byk sgt shtfrm mmg blh bt ak migrain & skt otak. Rs mcm nk lmpg2 jew dorg nie.
Apekah jew? Apekah ak? bongok tul. Apsal kau kedekut sangat nak tulis lengkap? Kena bayar ke kalau tulis status? For those yang update status via sms tu, mungkin la kau nak jimat kan. Tapi yang update pakai pc tu apa masalah kau?




#23111-446 MIA




cik puteh dah 1 malam tak balik umah.. semuaorg risau..... penat mama cari kat kawasan rumah tapi takde.. haish.. awak tu la dah la sakit perut semalam cik teh.. jgn la mcm nie... balik k..... bonda rindu sangat kat awak... bonda siap menangis sebelum g keje tadi.... jaga awak dari kecik kowt.... 


kitaorg menanti kepulangan cik puteh





Wednesday, September 22, 2010

#23111-445 imej?


hey dolls

tetibe feeling jadi perempuan ayu kan? ngeh ngeh! comel tak? better korang ckp comel.. hahaha paksa nie.....cepat cakap!

gambar diambil masa pagi raya nak g solat raya.. korang tau saya pakai pin biase je kow, safety pin je cuz lupa nak bawak balik brooch! then ape lagi menjerit la mama.. sebatu blh dengar sruh tukar pakai brooch dia...

kalo dah pemalas tahap dewa tu mmg tak blh buat ape dah... tapi feedback yg dapat apabile letak gmbar nie kat fb sgt positive... siap ada yg berbuzz kat ym ckp cantik la ape la.. ceh tetibe kembang plak badan nie... hahahha siap tanya imej baru ke ?

owh tidak la imej baru, rasa nak bertudung tu ada tapi kena tgg masa yg sesuai la. hati tak terbuka lagi.. :) huh kalo ustazah saya dengar confirm dia jwb "mati tgg kow ke?" miahahaha dush! tapi atleast saya dah tau tudung ape yg sesuai dgn muke saya yg super tembam nie.. miahahaha

hahaha motif entry ini hanya nak tunjuk kecomelan saya memakai tudung..hahahahah





#23111-444 Blackberry

Hey dolls

My bbm friend, forwarded me one chain message she received via Blackberry Messenger. But whoever yang started this chain message, tahniah diucapkan.. sebab memang sangat betul pun apa yang dia list down.

For those yang pakai Blackberry, aku rasa wajarlah mereka untuk membaca entry ni. Which aku rasa, some of it are applicable to Facebook user jugak lah, haha.

1. Never send religious message chain, seriously, it doesn’t work. It just shows your hypocrasy.
True. Kalau kau buat macam ni kat Facebook, esok lusa kau tengok dah ada orang create satu Fan Page: “Mari Benci Perempuan / Lelaki Ini. Dia Tak Hormat Agama/Bangsa Lain”

2. Don’t write anything in your status that mentions or insults another person.
Hah. Aku rasa kalau kau nak bergaduh dengan orang ke, sakit hati dengan orang ke, tak perlu kot letak kat status kau. Macam budak kecik je ok. Padahal pakai Blackberry dah macam professional sangat. Tapi kat status BBM tulis “Go to hell Jacob, cuba nak rampas girlfriend I si Bella tu. I hate you. Jom la gaduh kalau berani” – wah tetibe je hate Jacob kan. Memang what the hell lah kan. 

3. No one is happy, 3 hours later mad, 1 hour later bored,  then sad or fucked, etc. Go to shrink or search for some professional help. Do not declare it publicly.
Ye la, memang betul. Aku pun tak paham orang yang macam ni. Dah la update status every hour. Lepas tu kejap marah, kejap happy, kejap mencarut, kejap gila, kejap siuman. Memang perlukan bantuan pakar la orang ni..

4. If your girlfriend or boyfriend / wife or husband, cheats on you.. Please understand that no one is interested to know that. So don’t write it in your status.
Yes, we are not interested to know. Tak perlu kot bagitau seluruh dunia kesengsaraan kau. Orang lain pun ada masalah jugak. Tu kalau orang yang penuh dengan masalah laaa.. Those yang hidupnya dilimpahi kebahagiaan pun satu hal jugak. Asal update status je sayang sangat la kat suami / isteri / boyfriend / girlfriend kau. Itu je lah kekasih awal dan akhir, love of my life lah, ketipang payung segala, forever and ever and ever.. Orang yang baca tu yang sakit otak.

5. If you want to text someone so badly,  respect his/her busy status if its on. And people, please don’t try to act busy by putting on your so called busy status.

For me, aku takde la letak status busy.. status aku available je memanjang.. hehe.. tapi kalau aku lambat reply tu maknanya ada few reasons:
  • aku memang busy (ni usually during office hour.. handphone pun aku tak tengok  melainkan ada incoming call or sms)
  • aku tengah driving
  • aku tengah makan / tengok tv / tengok wayang
  • aku tengah meluangkan masa bersama orang-orang tertentu
  • aku malas nak reply
  • aku memang tak suka kau, hahahah

6. Dont change your nickname or status, like 500 times a day. It is not cool anymore. It would just let everyone know how lifeless you are. Best word to describe in English, “Hey attention seeker, get a Life..” Best word to describe in BM “Poyo giler, menyampah betul baca status orang ni”
Please.. ni pun aku tak sanggup. Apa kata kau create satu account Twitter? Pastu update la sepuas hati kau.. tapi jangan pulak nak paksa orang follow kau. Dah kalau orang rasa macam tak worth it je follow kau, nasib la kan. Dah tu kalau kau dok update pasal pergi breakfast mana, lunch mana, dinner mana, hi tea mana, supper mana, gaduh ngan makwe/pakwe, happy dengan makwe/pakwe (macam lama je tak guna perkataan pakwe makwe ni) orang tak minat nak baca ok. Orang macam aku la tak minat.. orang lain aku tatau la.. Kalau dah takde orang follow tu, kau update je la sorang-sorang kan.. at least bagi lega sikit kepala otak tu, hehe.. memendam perasaan pun tak bagus jugak kan..
Pastu kalau change nickname tu, sila la pakai nickname yang boleh buat orang kenal kau.. Ini pakai nickname “Perempuan Cantik” ataupun “Jejaka Idaman Malaya” – macam mana la nak approve request sebab tak kenal orang ni kawan ke, musuh ke, peminat ke.. wahh peminat konon, hahah..

7. For god sake Blackberry hackers and viruses  don’t exist. The BB and iPhone are virus free technologies.
There you go. Lepas ni jangan hantar chain message macam ni lagi ya kawan-kawan :)

8. No dead woman will haunt / sleep with you if you don’t resend this chain.
Hehehe.. tetibe aku tergelak masa baca part ni. Suka sangat korang kan hantar chain message pastu paksa orang forward. Kalau tak forward dalam masa semenet, nanti akan dapat nasib buruk untuk setahun. Kalau tak forward in 10 minutes, akan dapat nasib buruk seumur hidup.
Ape kebenda la.. hahaha.





Sunday, September 19, 2010

#23111-443 cool blog

 hey dolls


ayu yang memperkenalkan cool blog pada saya... kalo hati tengah panas better minum cool blog confirm sejuk! hahaha motif?


dia macam ice blended with jelly... yummy super sedap...... harga around 2.50 to 3.20 je.. depend on flavor yg korang suke..  macam saya ari tu ayu suggest chocolate.. hahaha mmg superb la rasa dia cuz saya pun hantu cokolat...




tengok la menu dia.. pelbagai2 .. masa kitaorg beli nie punye la ramai org... sedap sgt kowt.. kitaorg beli kat rnr seremban....  




see sedapkan??? tetibe je rasa nak beli cool blog.. hahahaha sebab hati tengah panas sgt deh!




Saturday, September 18, 2010

#23111-442 gossip girl season 4



hey dolls


tahu kah anda gossip girl dah masuk season 4? yes! hehehe saya tgh gigih berusaha mendownload setiap minggu... cewah setiap minggu ape.. baru episode pertama! owh vampire diaries pun dah masuk season 2.. hahahaha baru dua episode... saya dah download.. :P


happy sangat! 




Friday, September 17, 2010

#23111-441 Abandoned






Hey dolls

second movie untuk di review is abandoned.  Actress Brittany Murphy’s last movie is a psychological horror thriller titled “Abandoned”, which also stars Mimi Rogers and Dean Cain, with the caption “If someone took the one you love… how far would you go to get him back?” horror betul movie nie... mmg psycho betul diaorg buat... haish... 

Brittany played Mary Walsh, a woman who takes her boyfriend to the hospital for a routine outpatient surgery but he suddenly disappears without a trace before she receives a ransom demand. I’d love to see this movie. My favorite Brittany movie is “Don’t Say A Word”, another psychological thriller and I think she is just amazing in that genre.




Wednesday, September 15, 2010

#23111-439 gOTONG ROYONG

hey dolls


second day raya kitaorg gotong royong kat belakang rumah nenek... budak2 lelaki la berkeja keras.. bakar sampah sarap, tebang pokok2.. 




yang lain excited tengok je.. cuz bile bakar sampah tu ada abu2 sampah turun... thahahaha tetibe feeling snow2... bak kata myra winter.. hahhahahahha 




selesai kemas bahagian belakang umah nenek, terus buat kuih koci untuk mak jang.. cuz dia teringin nak makan.. huk huk.. first time saya buat ok... tetibe sedap plak... hahahaha padahal inti semua mak yang yg buat.... korang tgk la saya siap letak towel tu.. sebenarnya tgg turn nak mandi nie :P




Tuesday, September 14, 2010

#23111-438 pAK cIk oPEN hOuSE



Ok malam pertama raya tu; kitaorg g umah pakcik..KAT MELAKA JUGAK.. ada bbq.... yang budak2 plak sibuk berendam kat pool pak cik tu....


tak cukup dgn tu siap terbakar meja pasal diaorg punye bbq nie... yg jaga semua sengal siap hangus lagi ok burger tu.. :P


yang lain menunggu makanan sambil mengedik ambik gambar.. pakcik sponser mercun tahun nie cukup banyak ... saya yg excited nak main mercun lagi... miahahaha :P






#23111-437 Poker Faces

hey dolls


nilah salah satu aktiviti raya yg famous kat kampung pada kali nie... :P poker.. hhahahaha gian ok.. lepas group nie.. group two plak... haish.. sampai kena marah gak la... :P hehehe yg penting kita enjoy