Kawan aku update status dia kat Facebook.. aku rasa status dia ni menarik dan ada betulnya, hehe
are you bz facebooking? does it means that i have to book to see your face? i rarely see faces of facebookers though, face-to-face..
Dalam Facebook account aku ada 368 friends.. most of them memang kenal la tapi tah bila la kali terakhir aku jumpa diorang haha.. yang tak kenal pun ada la a few.. Facebook ni menarik sbb kat sini la kau dapat jumpa kawan-kawan lama.. sedar-sedar semua dah beranak pinak and married to each other.. macam cute je.. Masa kat sekolah, takde apa-apa, now dah kawin. Hehe
Tapi kadang-kadang aku menyampah bila tengok Facebook sebab macam-macam sangat menda mengarut yang membosankan..
1. The Infant Profile
Profile taruk gambar anak.. Tapi itu ok lagi la sebab kawan-kawan aku semuanya mempunyai anak yang comel belaka, hehe. Tapi aku tak tahan kalau asik update status pasal anak.
Pagi tadi Joanna (anggap je anak dia nama Joanna) bangun pukul 3 pagi lepas tu ajak main.. oh please lah, mama nak tidur..
10 minit kemudian..
Joanna kenyit mata dekat mama dia.. comelnyaaaaa anak aku ni.. eee rasa nak cubit-cubit anak sendiri sebab kiut sangat macam mama dia jugak :p
7.2 minit kemudian..
Eeeee anak mama ni berak pulak.. mama baru nak main Cafe World
11.48 minit kemudian..
Nak bawak Joanna jalan-jalan kat taman dengan Papa dia..
15 minit kemudian..
Terpaksa balik rumah sebab hujan pulak.. kesian Joanna anakku yang comel.. tak dapat nak jalan-jalan
Tekanan kepala otak aku tengok wall.. Kalau kau nak update status sekerap ini, sila la create Twitter account. Kat situ kalau kau nak update setiap saat pun takpe. Biasanya aku hide je orang yang macam ni kat Facebook. Tenang sikit jiwa.
2. The Gamer
Kau nak main game, main je la sorang-sorang.. Tak payah la post dekat wall.. semak tau tak, semakkkk..
Joanna reached Level 1.5 in Cafe World.. be her neighbour now!
Joanna has joined Sorority Life!
Joanna dapat 10 juta markah sebab dia main game Bejeweled Blitz. Cuba la lawan dia
Siapa lagi bijak dari Joanna.. test kepala otak korang dalam game Who Has The Biggest Brain!!
Kesian Joanna terpaksa jadi contoh hahaha.. Tapi I memang tak maksudkan you okay hehe
3.The Filterless
Hey kat wall aku ada okay orang macam ni.. Kadang-kadang baca macam kelakar.. tapi kalau melebih-lebih tu tak kuasa jugak.. Tapi kadang-kadang orang yang komen tu yang lebih-lebih.. Tapi kadang-kadang aku pun filterless jugak hahaha..
4. The Event Coordinator
Ni satu lagi.. kejenya asik invite orang pergi situ la, pergi sini la.. memang kau event coordinator eh? And satu lagi yang kalau jemput ke majlis perkahwinan pakai facebook ni.. Aku rasa cam tak syok la.. walaupun dunia dah semakin canggih, tapi kalau wedding invitation tu pakai kad lagi best. At least e-card pun acceptable la.. Tapi kalau invite pakai Facebook je, aisehhhh..
5. The Desperate Marketer
Yang ini memang aku rasa nak lempang. Selain dari seperti contoh dalam gambar di atas, orang camni asal dia update Facebook je, mesti pasal MLM. Mesti pasal skim cepat kaya. Kalau dalam dunia ni senang sangat nak jadi kaya, tak payah la semua orang susah payah nak kerja. Penipu betul. Nak masuk tandas awam pun kena bayar ok. Ingat senang-senang orang nak bagi kau duit dengan hanya login to Facebook? Meluat ok aku baca benda macam ni.
6.The Horrible Photo Tagger
Wahhh.. kalau aku kena tag gambar yang bukan-bukan, confirm aku remove tag punya. Perlu ke kau nak tag aku gambar duit? Perlu ke? haaa?? perlu ke? Ada muka aku ke kat duit tu?
7. The Rash
Hahaha yang ni agak seram.. Apa kau update, semua dia komen. So far aku takde lagi kenal anyone yang macam ni. Tapiiiiii.. aku ada kenal orang yang ‘like’ status sendiri. Hahahaha.. tak boleh blah betul..
Hari ni rasa macam nak makan kat Kanna Curry House
Lepas tu ‘like’ status sendiri. hehe.. Jenaka betul lah. Apa-apa je yang dia update, semua dia sendiri like. Takde orang lain nak like status kau ye nok? Kesian..
8. The Quiz Taker
Sama kes macam kau main game.. if main kuiz, tak payah publish kat seluruh dunia boleh tak?
Joanna just found out her Malay name is Salmah. Find out yours!
Sakit otak betul. AKu pun selalu jugak main kuiz-kuiz Facebook ni.. memang kadang-kadang kelakar.. tapi tolong la jangan publish every kuiz yang kau amik tu kat wall. Kan boleh skip?
9. The Mangkuk Hayun
Tapi ni takde gambar la pulak sebab ni aku reka sendiri haha..
Ini ialah orang yang profile tak letak nama sendiri, lepas tu gambar pun tah apa-apa. At least letak la nama glamer kau ke.. Yang penting muka tu ok.. Tolong letak gambar kau boleh tak?
Ada orang yang profile name dia “Tiada Nama” pastu profile taruk gambar kaki. Kau ingat aku kenal milik siapakah kaki itu? Saya bukan artis.. saya tidak simply accept orang yang add saya di Facebook walaupun kita ada mutual friend. Sebab walaupun kita kenal orang yang sama, tidak semestinya saya kenal awak kan?
Bunyi macam eksyen, tapi takpe la.. aku punya Facebook kan, aku punya suka ok.
10. The Perasan Cute
TaK PaHaM beT0L aKu KenApA oRaNg sUkA SuKe tuLiS sTatuS pAkAi hUruF bEsAr KeciK.
Tak penat ke kau nak menaip nokk? Aku yang taip satu baris kat atas ni pun rasa nak naik hangin dah. Adakah untuk menampakkan kecomelan? Tapi comel ke?
1 lg org yg tulis stts pki byk sgt shtfrm mmg blh bt ak migrain & skt otak. Rs mcm nk lmpg2 jew dorg nie.
Apekah jew? Apekah ak? bongok tul. Apsal kau kedekut sangat nak tulis lengkap? Kena bayar ke kalau tulis status? For those yang update status via sms tu, mungkin la kau nak jimat kan. Tapi yang update pakai pc tu apa masalah kau?

No comments:
Post a Comment