damm u blogspot... entah ape masalah blogspot 2 hari nie.. aku nak upload gmbar semua tak blh... time aku rajin nak upload kow buat perangai plak yek!
hehehehe.. tapi tak pelah.... rite now aku rajin sgt ikuti cerita adamaya kat tv3 kul 6.30 ptg.... suke sgt tgk lisa surihani tu... comel giler ok... :P i loves the story too.. simple and lite.......... tapi aku adalah menyampah tgk watak si dani tu... very the gilos talak.... tulah time awek tu ajak kawen tak mau.. lepas tu baru terhegeh2 menyesal... kesian anak bini kow.. benci laki dayus mcm tu..huhuhu emo plak
klah sebab tak bleh upload gmbar korang baca jelah sinopsis cite nie k....
ADAMAYA diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd dan hasil nukilan menarik oleh Feroz Kader manakala Zarihah Hassan bertanggungjawab dalam penulisan skrip. Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan.
Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya, 21 tahun ialah pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran.
Ibubapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibubapa mereka bersahabat baik.
Adam menurut kehendak ibubapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana telah mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi setelah dipujuk oleh ibubapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju

No comments:
Post a Comment