Walk to Remember

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers




Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, October 15, 2013

Cukur rambut Damia Qairina

Assalamualaikum semua

Kalina nak up entry tentang Damia cukur rambut hari tu :) So, entry ni khas buat anak ummi bila dah besar nanti, sila baca! haha. 

Kita imbas balik cerita awal bulan aritu.

Masa awal-awal lahir, rambut Damia memang agak lebat jugak la. Patotlaaa bila dalam perut dulu perut ummi ni kejap-kejap rasa gatal. Nak garu memang takklaaa kan, gosok-gosok je pakai kain selowww-selowww. Takut berbekas. Masa tu terdetik laa jugak dalam hati, "anak aku dalam perut ni rambut lebat sangat ke sampai gatal sangat bawah pusat ni". Yelah, dah orang-orang tua dulu cakap macam tu, so Kalina pon guna la jugak teori diorang.haha. 

Plan nak cukurkan Damia bila raya hari nanti. Tapi nenek Damia dah plan bile nak cukur rambut cucu dia.. so kitaorg ikutkan aje..

Mengikut sunnah, Damia pon dicukurkan sampai botak. Kalina tak buat cukur jambul sebab yang Kalina  baca dan tau tu adalah amalan bidaah. Berpandukan kpd syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Amalan ni jugak dipercayai berasal drpd kepercayaan masyarakat India yg beragama Hindu. Tambah mengelirukan, dalam cukur jambul jugak ada adat yang di mana rambut yang digunting tu dimasukkan dalam buah kelapa. 

(Artikel lengkap tentang amalan cukur jambul ni korang boleh baca dekat sini :-)

Malam sebelum Damia nak cukur tu, Kalina kejap-kejap cium rambut dia, takut nanti rindu bau rambut lebat dia tu. wuuuuu..Sape tak sayangg oiii  rambut anak lebat dalam peKalina still ingat lagi bau-bau rambut Damia masa panjang aritu. Tapi takpe, cukur kan amalan sunat, and rambut Damia pon jenis yang cepat tumbuh. 


Yang Kalina ingat, awal-awal pagi nak cukur aritu, Kalina dengan Damia dua-dua bangun lambat. Tak teringat langsung nenek yang nak cukur tu nak datang.haha! eh kejap, nenek tu nama dia senang nak panggil dalam entry ni "Opah". hehe. Opah datang nak cukurkan Damia dalam pukul 8.30 pagi macam tu. Damia still tido time tu, tido punya baik nyenyak. Opah cakap takpee, bagi dia cukur time dia tido tak sedar tak ape.

hehehe. Damia tengah tido time ni. Memang nyenyak. Konon-konon orang nak kesian dekat dia laaa teww buat-buat tido comel tak nak kena cukur. haha!

1st time nampak Opah tu datang , Kalina  balik-balik rasa nervous macam rambut sendiri plakkk nak kena cukur. Yelahhh, nervous sampai 1st impression tu Kalina  dah siap-siap terbayangkan macam Tok Mudim yang datang rumah nak sunatkan orang! haha. Ala-ala seram gituuu kan.

Bila tengok Damia tidur masa tu, rasa lega sangat at least dia tak sedar la kan kepala dia nak kena botak. huhu. 


Jadi setelah rambut-rambut Damia dah setel dicukur, aritu dah bawak pegi timbang semua rambut Damia dekat kedai Mas Cina. Berat rambut dia 0.65gm. Cina tu kira 1gm untuk harga mas arini RM 160. Makanya, 0.65gm X Rm160 = Total semua RM 104.00 duitnya :) 

Lepas tu duit tu nanti kitorang kena bayar and akan diserahkan kepada golongan fakir miskin. Yang ni amalan sunat :) 

"Sunat disedekahkan emas atau perak hasil daripada timbangan berat rambut yang dicukur itu kepada fakir miskin jika berkemampuan. Jika tidak mampu, maka tidaklah diberatkan ke atas ibu bapa anak tersebut melainkan sekadar yang terupaya, umpamanya digantikan dengan nilaian wang atau sebagainya mengikut kemampuan. "

Let say kalau korang tak berkemampuan nak bayar ikut harga emas, boleh jugak dinilaikan dengan harga perak. Depends pada kemampuan masing-masing. InshaAllah lepas ni pulak nak buat majlis Aqiqah untuk Damia


No comments: