Walk to Remember

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers




Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers
Showing posts with label pantang. Show all posts
Showing posts with label pantang. Show all posts

Friday, March 10, 2017

NAI Tahnik

Salam Semua

ok untuk Aufa nie, mama nak Mufti wilayah KL yang tahnik kan dia.. kebetulan masa berpantang tu ada program kat masjid yg melibatkan mufti wilayah nie... 

so mama ckp dengan PA dia, and dia agree nak tahnik kan Aufa... so Aufa bertahnik dekat masjid tempat ummi n babah nikah :)

                                             
ALhamdullilah Aufa tak menangis masa tahnnik..kejap je dia tahnik kan and mufti tu tak ambik duit pun.. ummi dengan berkain batik , stokin g masjid... hahha baba dia keje... so ambik gambar n video je la...



Budak nie pun sama sibuk nak berpantang.. rambut ikat ke atas,,hehehe





Saturday, October 19, 2013

Berurut Dalam Pantang

Assalamualaikum semua

Nie nak bercerita tentang berurut plak...kalo sape yang bersalin czer tak boleh nak urut terus, kena tunggu seminggu mcm tu..


 tapi kalina balik je rumah mama dah suh pakai bengkung takut perut buncit.... tapi tak la pakai ketat.. pastu kena pakai 24 jam kecuali mandi... haish... masa tido pun pakai ye.. contoh bengkung mcm kat gambar tu...



sementara nak tunggu boleh urut tu, mama ada suh buat bertungku, mula2 tu guna batu sungai.. sambil mama masak tu dia panaskan batu sungai tu sekali.. dia suruh letak kat punggung and perut...

bile makcik berurut tu datang, dia buat semua, bertungku, tangas, urut semua la..... tapi yang bertangas tu paling best.... sebab dia merapatkan balik rahim kita, hilangkan bau hanyir darah nifas... memang best buat. sehari buat dua kali.. dia ada rempah2 dia yang kena panaskan then letak kat tempat bertangas (dlm gambar kat atas)....


lepas tu mama letak kapur and limau sebelum bengkung, nak kasi stretch mark tu ilang, setengah orang kata gatal.. ntah bagi kalina ok je...hehehhee

now dah abis pantang kalina pakai PB je.. ye lah beli beribu takkan tak pakai kan?? huhuhuhu...






Sunday, October 13, 2013

Makanan ketika dalam pantang

Assalamualaikum

Dah hampir dua bulan bersalin secara pembedahan.. memang dari hospital dah minum air gamat.... sampai rumah baru makan pati ikan haruan sebab orang kata makan awal sangat tak elok sebab penyembuhan macam mengejut.

ikan haruan memang makanan hari2 selama dua minggu... huhuhu naik jelak la makan ikan haruan.. tapi ape kan daya... ku telan jua... cewah...
pati ikan haruan tu sedap giler ok.... hahaha rasa macam minum kicap pun ada.... air gamat pun sedap... muahahaha semua benda sedap... tu ayat nak sedap kan hati sendiri... kalo tak nanti uweekkkk... tapi serius kalina memang tak de masalah nak makan ubat kecuali ubat batuk... hahhaha tak tau kenape tak suke giler dengan ubat batuk tu...

bila dah bersalin pembedahan ni kena la usaha makan macam-macam untuk rawat luka dalaman tu. yelah luka menjalani pembedahan ni mengambil masa yang lama untuk sembuh. jadi kena lah beringat-ingat lepas ni jangan angkat benda berat atau lakukan sebarang pekerjaan yang beri tekanan pada perut ni.. huhuhu~~


Monday, October 7, 2013

Set bersalin Alfiat

Hey dolls

Set bersalin memang I tak beli awal2 Sebab takut anak kena kuning.  Nie my dad yang Beli kan.... harga pun murah lebih kurang 70-80 ringgit je.. malas nak beli yang mahal2....

Kandungan :-
1. Bedak Hangat Afiat
2. Pil  Afiat
3. Makjun Bawang Putih
4. Minyak Afiat
5. Akar Kayu Afiat
6. Barut Afiat
7. Tali Pembentan Afiat (*Sudah Tiada dalam set Terbaru)
8. Balm Afiat
9. Feminine Care
10. Gel Mandian Serai Wangi
11. Minyak Afiat



AFIAT UBAT BERSALIN
Ubat bersalin ini serba lengkap untuk 44 hari.Isi-isi yang terkandung didalam set ini ialah:

MINYAK AFIAT 
 ( 250 ml ) Untuk urutan wanita lepas bersalin. Lain-lain kegunaan ; lenguh-lenguh sendi, sengal-sengal tulang, luka-luka kecil, gigitan serangga, salah urat, tergeliat, terkena api dan titisan air panas. Untuk digosok di tempat yang sakit bahagian luaran sahaja.

GEL MANDIAN SERAI WANGI (125 ml)
 
 Diadun khas dengan Serai Wangi yang bersifat aromaterapi untuk menyegarkan kulit badan. Khasiatnya sama seperti mandi lulur iaitu untuk menaikkan seri kulit untuk digunakan semasa mandi.

FEMININE CARE (PENCUCI WANITA) (60 ml)
 
 Campuran herba beraroma bertindak membersihkan bahagian sulit wanita, memberi lapisan perlindungan dan mengurangkan kegatalan dengan mengekalkan pH di bahagian sulit.

BEDAK HANGAT AFIAT ( 100 g) 
Digunakan selepas mandi; pagi dan petang. Caranya ialah dengan mencampurkan Bedak Hangat dengan air dan sapukan ke seluruh badan. Khasiatnya untuk memanaskan badan selepas mandi.

PIL JAMU AFIAT ( 528 biji )
 
 Untuk dimakan selepas bersalin. Makan 12 biji sehari – 4 biji pagi, 4 biji tengahari & 4 biji malam. Khasiatnya untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan.

AKAR KAYU PERIUK AFIAT ( 100 g )
 
Direbus dengan air dengan sukatan anggaran 200 ml. Minum airnya segelas; 2 kali sehari selepas 20 hari bersalin. Khasiatnya untuk menyegarkan tubuh dan menambahkan tenaga.

BARUT AFIAT 
Dipakai untuk wanita selepas bersalin bagi melangsingkan badan. Caranya ialah dengan terlebih dahulu menyapukan perut dengan kapur bercampur limau nipis ataupun Minyak Afiat. Kemudian ikat tali Barut Berubat pada ari-ari (di bawah pusat). Pakai bengkung untuk memperkemaskan kedudukan barut tadi. Pakai Barut ini seharian dan amalkan pemakaiannya selama 44 hari.

BALM AFIAT
 
Disapu pada pusat bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan.

MAKJUN BAWANG PUTIH
 
 Untuk dimakan selepas habis tempoh pantang. Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam. Khasiatnya ialah untuk penambahan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tisu vagina.

TALI PEMBENTAN AFIAT
 
 Dipakai pada pergelangan tangan kanan ibu