Nikmat
mengandung dan melahirkan anak adalah nikmat yang cukup berharga yang
dikurniakan Allah SWT kepada wanita. Pengalaman selama tempoh mengandung dan
melahirkan adalah cukup indah dan berharga.
Tempoh mengandung adalah detik emas yang
seharusnya dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh bakal ibu dan ayah. Semasa
mengandung, bakal ibu sangat digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah
antaranya bertaubat kepada Allah SWT, membanyakan zikir dan doa serta membaca
Al-Quran. Setiap surah yang ada di dalam Al-Quran mempunyai kelebihannya
tersendiri.
Antara surah amalan ketika mengandung ialah surah al-Fatihah, surah
Maryam, surah Yusuf dan surah Luqman.
Surah al-Fatihah
Ibu
mengandung digalakkan membaca surah al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari
dalam keadaan berwuduk, semoga zuriat yang dilahirkan memperoleh ilmu
pengetahuan disamping dapat mengawal hati dan fikiran daripada perkara
mazmumah..
Surah
Yusuf telah diturunkan di Makkah dan mengandungi 111 ayat. Dinamakan Yusuf
kerana hampir keseluruhan dipenuhi akan kisah Nabi Yusuf a.s yang bermula dari
ayat 4 hinngga 101. Ibu yang sedang mengandung disarankan agar memperbanyakkan
membaca surah Yusuf agar dikurniakan zuriat yang soleh, cerdik,
tampan dan tabah menghadapi ujian
Surah Luqman
Dalam
pengkisahan Luqman dengan anaknya, Allah SWT menegaskan tentang wajibnya
manusia bersyukur akan segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada mereka dan
wajib menjauhi perkara syirik. Ibu yang mengandung dianjurkan supaya
membanyakkan membaca surah Luqman agar bayi yang dalam kandungan akan
dikurniakan kebijaksanaan akal fikiran dan hikmah yang tersirat apabila lahir
ke dunia, insya-Allah.
Surah Maryam
Ibu
yang sedang hamil disarankan untuk membanyakkan membaca surah Maryam agar bayi
yang dilahirkan nanti mempunyai akal yang cerdas dan hati yang sabar dan cekal
dalam menempuhi ujian. Amalan surah Maryam juga memudahkan ibu semasa
melahirkan anak.
Dipetik
dari blog : http://www.kisahwanita.com/surah-amalan-ibu-mengandung
Dipetik
dari Buku Amalan Surah Ibu Mengandung, terbitan Inteam Publishing Sdn Bhd
Sumber
: Deepak Chopra, MD. Panduan Holistik Kehamilan & Kelahiran.
No comments:
Post a Comment