Memang betul la org cakap, semasa kita mengandung badan mengalami banyak perubahan. Ramai yang mengadu sakit belakang atau pinggang....
Sebenarnya sakit pinggang atau belakang semasa hamil ni berlaku kerana beberapa sebab
- Perubahan postur badan
- Perubahan pada taburan berat badan
- Perubahan hormon yang menyebabkan tisu penyambung meregang
- Keletihan otot-otot.
Menurut majalah positive Parenting, postur semasa berdiri, duduk dan tidur penting untuk menggurangkan sakit belakang ini. Dibawa ini adalah gambar menunjukkan cara postur yang betul dan salah ya...
Selain dari itu, Senaman juga membantu!
- Bersenamlah selama sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari dan badan anda akan sihat serta bertenaga. Dapatkan nasihat doktor sebelum bermula.
- Berenang pada kelajuan yang sesuai dengan anda.
- Berjalan atau berbasikal pada kelajuan yang sesuai dengan keselesaan anda. Pastikan anda dapat bernafas dan bercakap dengan selesa.
- Lakukanlah senaman ringan seperti senaman regangan otot untuk membina keanjalan otot.
- Lakukan senaman untuk membina kekuatan dan tona otot. Senaman seperti kegel, body weight amat digalakkan.. Apa2 pun pastikan tidak terlalu berat ya..
Berbalik pada kekurangan kalsium tadi, untuk memenuhi keperluan 1000mg kalsium, perlulah memakan makanan yang mengandungi kalsium.. seperti contoh:
3-4 sajian sehari
- susu (1 sajian = 1 cawan)
- telur (1 sajian = 1 telur besar)
- yogurt (1 sajian = 1cawan)
- pasteurized cheese (1 serving = lebih kurang 1.5 ounces)
- tofu (1 sajian = ½ cawan)
- kacang putih (1 sajian = lbh krg ½ cup)
- almond (1 sajian = lbh krg ⅓ cup)
- salmon (1 sajian = lbh krg 3 ounces)
- cabbage (1 sajian = lbh krg 1 cup)
No comments:
Post a Comment