Walk to Remember

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers



Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers


Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, November 4, 2010

#23111-474 LOVE_HATE relationship

entry ini adalah hak cipta terpelihara oleh cik epal :


saya copy paste je cuz saya rasa ada entry nie sgt besh ! pinjam ye cik epal.. credit to her ! kudos!


si A dan B tengah berbual bual sambil makan cekedis.

A: Aku ada problem la.

B: Problem pasal apa pulak dah?

A: ni haa. Boy friend (buaya friend) aku ni buat hal lagi.

B: Dia buat apa lagi dekat kau? Hadoi la. Tak habes habes lagi kah?

A: hmmmmm aku macam kurang percaya la dekat dia

B: kenapa kau tak percaya dekat dia?

A: Dia tiba tiba buang facebook dia sebab aku add dia. Yang aku pelik perempuan lain yang lawa lawa boleh pulak dia add. tapi aku suka suka je dia buang. Lepas tu, dia terus buang facebook dia. Status relationship "single".

B: haha

A: dia macam sorok something la daripada aku. then, dia kata itu PRIVACY dia. So aku tak boleh nak add dia dekat facebook dan tak boleh kacau so-called PRIVACY dia tu la sangattttt.

B: Macam ni la. Kau bagi je la privacy yang macam dia nak tu. Tak payah la nak add dia or tak payah la susah susah kau nak tahu dia curang ke tak belakang kau dekat facebook dia tu

A: Kalau dia curang pon buat bodoh je la ea?

B: tak payah la buat bodoh. kau memang dah bodoh sebenarnya. haha. Kalau dia dah memang curang, bukan takat facebook dekat mana mana pon dia boleh curang kalau dia nak. tak lah macam ni. Kau biar je la dia nak buat apa. If dia kata tu privacy dia. dah! kau tak payah sebok sebok serabutkan kepala otak kau nak fikir semua apa dia buat and so on. Give him space

A: Kalau dia cakap dia single dengan semua perempuan tu?

B: biar je lah. Lagipon kau bukan ada ikatan apa apa pon dengan dia. Even kau bertunang pon, bukan jaminan yang dia tu hak milik kau. So, kalau dia nak curang ke apa. Kau tak rugi apa apa pon. Dia la yang rugi, sebab curang dengan orang yang setia dekat dia macam kau. Yang kau sayang sangat dekat dia pehal? Aku tengok dia anggap kau biasa je.

A: entah la. bab hati dan perasaan ni. biasa lah. (muka sedih la konon)

B: Mungkin dia sayang dekat kau. Tapi sebab dia muda lagi. So, dia rasa better dia banyak kawan perempuan. Dan mungkin jugak nak cari yang terbaik?

A: hek elehhh tak ada alasan lain ke selain mencari yang terbaik? sungguh tahi bull ok alasan itu

B: lelaki memang macam tu wei. Susah la kau nak dapat yang betul betul setia. Kalau ada pon one in a million. Macam pakcik aku. dah kawen dah, tapi baru baru ni kawen kali ke dua plak. Aku pon terkejut kau tahu? nak kata dia tak sayang isteri first dia tu. dia sayang je. Tapi mungkin dia dah gatal nak berbini dua. tu kahwin tu. Biasalah lelaki. pantang nampak dahi licin. haha


A: Kalau lepas ni aku dapat tahu lagi dia ada perempuan lain macam mana??

B: Come on la! kau hidup dalam dunia ni untuk dia seorang je ke cik akak?? wake up la wei. banyak lagi benda kau boleh kecap dekat dunia ni. Hidup kau bukan sebab seorang lelaki ni je ok. Kau kejar cita cita kau dulu. Kalau dia taknak kau, dia curang dekat kau, kau nak kesah apa? Janji diri kau tu. be someone! be someone yang boleh dibanggakan. Kau ingat tak ada orang nak dekat kau? mungkin la kau tak jumpa lagi

A: tapi aku sayang dia. 

B: tak kesah pon nak sayang orang. tapi jangan terlampau. Biasa biasa je. Dia pon belum tentu lagi jadi milik kau. Dan aku rasa kalau dia jodoh kau, SEBANYAK MANA PON PEREMPUAN YANG DIA JUMPA, SEBANYAK MANA PON DIA PERNAH COUPLE. AT LAST DIA MESTI CARI KAU BALIK. PERCAYALAH CAKAP AKU.

A: kalau aku ni di antara stok stok yang dia simpan?

B: kalau lah kau ni ditakdirkan just jadi skandal dia je or memang dia dah ada steady girlfriend dia yang lain, kau redha je la. mungkin dia bukan terbaik untuk kau. kau kena ingat. Kita akan jumpa orang yang SALAH dulu. barulah kita dipertemukan dengan orang yang betul.

A: hmm

B: dah lah wei. Aku memang menyampah betul tengok perempuan yang kena main dengan lelaki ni. Kena main tu satu hal. Lepas tu emo emo satu hal. Rileks sudah. Hidup ni kena enjoy. bukan tension manjang. Lelaki ni memang perangai diaorang dah memang macam tu. Tak boleh nak buat apa lah. If dia memang setia or dia memang buaya. itu dia sendiri lah yang boleh decide. lagi satu kalau kau betul sayang dia la kan. FIKIR APA YANG KAU BOLEH BAGI DEKAT DIA. JANGAN FIKIR APA YANG DIA BAGI DEKAT KAU. mungkin benda tu yang special ada dekat kau berbanding dengan perempuan perempuan lain yang dia pernah kenal.

A: =)

B: aku tak mintak banyak la dekat kau. just be someone! be somebody! Jangan sebab lelaki kau down. Banyak lagi benda kau nak fikir sebenarnya daripada kau nak fikir dia tengah wat ape, curang ke hape. Ignore je lah benda benda bodoh and tak penting macam tu. kalau dia betul betul jodoh kau. kau lari macam mana pon. kau akan jumpa dia jugak. Kalau tak tu, kau redha je la.


cekedis yang di makan tu pon tak habis habis. syok sembang punya pasal. lagipon cekedis tak baik untuk kesihatan.


=================================



ya Allah, jika benar dia jodoh ku.. kau satukanlah kami.. jika benar dia milikku, kau dekatkanlah hati-hati kami dengan kasih sayang yang mendalam.. jika benar dia yang terbaik buatku.. kau peliharalah perasaan cinta antara kami.. agar kami saling mengasihi.. agar kami saling menghormati..




jangan ya Allah.. kau uji hati-hati kami dengan ujian yang tidak sanggup kami terima... sungguh ya Allah, aku lemah dalam mengharungi segala ujian yang engkau turunkan.. benar ya Allah, aku sangat mencintai dirinya dan keluarganya..



Tapi seandainya kami tidak dijodohkan untuk bersama.. dan dia bukanlah yang terbaik untukku ya Allah.. kau tunjukkanlah kebenaranMu agar hati ini akur atas kehilangannya.. Kau jauhkanlah hati-hati kami yang dulunya bersatu atas dasar kasih sayang.. kau berikanlah kekuatan buat hati-hati kami agar kami redha dengan ketentuanMu ya Allah..


Jangan Ya Allah.. jangan kau jauhkan hati-hati kami dengan perasaan benci dan saling berdendam.. Engkaulah yang Maha Berkuasa memegang hati-hati kami... Engkau berhak ya Allah.. untuk menjauhkan hati-hati kami kerana Kau Maha Mengetahui yang terbaik buat kami...



Aku mohon ya Allah, cekalkan hati ini.. lindungilah dia jauh disana.. pertemukanlah dia dengan insan yang lebih baik dari sebelumnya.. Agar dia terpelihara, agar dia bahagia....


Jika dia tidak lagi jodohku dan bukan milikku.. kau pertemukanlah aku dengan insan yang boleh membahagiakanku......

*credit to LUMUT for this DOA



p/s: Always remember to love your fellow humans. But true love is only reserved to Allah,the one and only God. =)





No comments: